Sila Tinggakan Jejak Di Sini

Wednesday, March 30, 2011

Bersantai di Gunung Jerai

Minggu lepas Mili bersantai di Gunung Jerai. Ia terletak dalam daerah Gurun. Ingatkan tinggi sangat... jaraknya hanya kira-kira 14km dari kaki gunung hingga ke puncak. Mili stay kat The Regency Resort. Itu je yang ada pun. Tempatnya idaklah besar sangat 1 chalet RM160.00 ok sangat weh...
The Regency Jerai Hill Resort

Chalet Mili no 421.... aaa pi straight yea..

Fullamak, punyalah cantik chalet... udaranya sungguh nyaman kat ataih nie..

Mili respect kat pengurusan resort sebab surau dia bina letak di atas bukit dlm kawasan resort. Cantik pulak tue..

Suasana petang nampak laut di sebelah kiri dalam gambar

Petak-petak sawah tersusun indah dapat kita lihat dari atas nie..
Kelihatan Pulau Bunting kat gambar atas. Pulau tu katanya takde orang tinggal. Kenapa nama Pulau Bunting idak le Mili tahu.



Ada Muzium kat atas nie

Tapi tutup la pulak kerana kerja-kerja menaik taraf... so tak dapatlah Mili tengok apa ada dalam muzium tu.

Santai dan relax sangat masa kat atas gunung jerai ni. Malam dan pagi ada kabus.. sejuk sangat. Suhu mencecah hingga ke 18darjah ada 1 ketika tue.. biasa dalam 21darjah. Ada gak konvoi bermotor masa tue. Budak-budak pengakap berjalan mendaki. Letih Ooo..

Note: Bulan Mei 2011 ni pihak pengurusan resort kata siaplah kolam depa. Mili tertanya-tanya sapalah agaknya yang sanggup mandi dalam keadaan sejuk nie ... hehehe... Apapun Wa Enjoy di Gunung Jerai... Boleh pegi lagi beb.

2 comments:

  1. wah , teringin gila nak pegi . selalu pegi dalam saidina ajo . HAHAHA.

    ReplyDelete
  2. saidina .. mainan tu ke, takpe... 1 hari nnti mesti blh pegi punyalah, insyaallah

    ReplyDelete