Sila Tinggakan Jejak Di Sini

Wednesday, December 12, 2012

Putus Asa: Tentera Rejim Assad Gunakan Peluru Berpandu Scud Untuk Melawan Mujahidin Syria



Damsyik - Pasukan yang setia kepada Bashar al-Assad telah menggunakan peluru berpandu Scud dalam pertempuran melawan Mujahidin Syria.
Peluru berpandu jenis itu merupakan bom pembakar dan peluru berpandu gerakan cepat yang menandakan peningkatan serius daripada konflik panjang di Syria.
Human Rights Watch (HRW) mengatakan senjata itu mengandungi bahan yang sangat mudah terbakar yang dirancang untuk menimbulkan luka bakar yang teruk dan dijatuhkan di kawasan penduduk.
The Times, memetik para pegawai AS, mengatakan rejim Assad telah menembak sekitar enam peluru berpandu Scud dari daerah Damsyik yang terhadap pemberontak di utara Syria dalam beberapa hari terakhir.
Penggunaan peluru berpandu mungkin merupakan tanda bahawa rejim Assad telah kehabisan pilot atau helikopter yang boleh digunakan untuk melancarkan serangan udara pengecut melawan Mujahidin Syria.
Note: Ya Allah bantulah penduduk Syiria yang menentang Assad... Berilah kemenangan kepada mereka. Amin

Wednesday, November 7, 2012

Sebab Turun Hadis Di Bawah

Riwayat at Thabrani dengan para perawinya yang dipercayai, dari Ibnu Mas'ud RA, ia berkata: "Di kalangan kami terdapat seorang lelaki yang melamar seorang perempuan yang bernama Ummu Qais, tetapi dia menolaknya kecuali jika lelaki itu sedia berhijrah, maka lelaki itupun berhijrah dan menikahinya. Maka kami menamainya 'Muhajir Ummu Qais'.

Intisari Hadis:
1. Seseorang itu tidak boleh berhajat untuk melakukan sesuatu perbuatan kecuali ia mengetahui hukumnya.
2. Niat itu tidak boleh diwakilkan.
3. Pekerjaan seseorang itu tidak sah apabila tidak disertai dengan niat.
4. Tidak boleh berniat dalam semua ibadah kecuali apabila ibadah itu disyariatkan.
5. Keutamaan hijrah dari negeri orang-orang musyrik ke negeri orang-orang muslim demi mencari keredhaan Allah atau berhijrah dari negeri yang penduduknya penuh maksiat ke negeri yang penduduknya bebas dari maksiat.
6. Ikhlas berbuat sesuatu kerana Allah swt dan berwaspada dari sikap menunjuk-nunjuk dan mencari populariti.
7. Niat itu tempatnya di hati. Adapun melafazkan (mengucapkan) niat di lisan itu tidak ada tuntutannya daklam syariat.

Tuesday, October 30, 2012

Setiap Amalan Bergantung Kepada Niat



Diriwayatkan dari Amirul mukminin Abu Hafsh Umar bin Khattab Radhiyallahu 'anhu, ia berkata: aku pernah mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wassalam bersabda:
"Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat dan setiap orang hanya memperolehi apa yang ia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya kerana Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya itu kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang ia akan perolehinya atau kerana perempuan yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya itu kepada apa yang ia hijrahkan kepadanya."

Keterangan: Imam Ahmad dan Asy Syafi'i berkata : Hadis ini merupakan sepertiga ilmu kerana seorang hamba itu akan mendapat pahala berkat daripada perbuatan hati, lisan dan anggota badannya dan niat itu dilakukan dalam hati yang merupakan salah satu di antara yang tiga tersebut. 
Oleh sebab itu hadis ini adalah untuk memberi peringatan kepada pencari ilmu khususnya agar meluruskan niatnya dengan hanya mencari keredhaan Allah dan mengamalkan kebaikan.

Tuesday, October 9, 2012

Sayang Kucing

Anda penggemar kucing, memiliki kucing, anda seharusnya ingin membuatkan kucing kesayangan anda dalam keselesaan yang teramat sangat kan... boleh cuba cara seperti di bawah ini

Buatkan katil mereka sendiri yang menyerupai katil anda ... cantikkan


Boleh juga buat bertingkat-tingkat jika anda mempunyai lebih dari seekor kucing


ataupun .. jika beg pakaian anda sudah tidak boleh digunakan lagi.. ubahsuai dan buatkan tempat lepak mereka ... Amacam bestkan... hehe

Monday, October 8, 2012

TV plasma terbesar dipamerkan


Diperkenalkan TV plasma berteknologi tinggi terbesar selebar 145-inci yang pernah dihasilkan dengan menggunakan 16 kali pengisytiharan HD. Melalui Panasonic, piksel pameran TV plasma ini menghasilkan personaliti yang menarik dan gambar yang dipaparkan lebih baik serta jelas.
Ia mempunyai kira-kira 34 juta 0,417 mm piksel persegi, 7.860 lurus, ketinggian 4320 dan kelajuan sempadan sebanyak 60 fps. Penghasilan ini membuat penggunaan gambar menjadi stabil tanpa mengembang dengan percampuran warna. 


 Besarnya ...


 Gambarnya jelas ...



 Kalau ada kat rumah aku... mau berpinar bijik mata ..

Sunday, October 7, 2012

Chess

Para bloggers,
Permainan chess amat bertepatan dengan bahtera kehidupan manusia ... fikir-fikirkanlah



Thursday, October 4, 2012

Assalamualaikum semua,
Maaf terlalu lama menyepi....
Ada problem tertentu yg mili hadapi... oklah kita lupakan perkara yg lama buka buku baru.. I'm a new MILI now..
 (Change topic)
Cantikkan jam di bawah ni... kalau jumpa nnti mili nak beli n buat koleksi..




Cantik betul ... cutenyer..