Sila Tinggakan Jejak Di Sini

Wednesday, December 12, 2012

Putus Asa: Tentera Rejim Assad Gunakan Peluru Berpandu Scud Untuk Melawan Mujahidin Syria



Damsyik - Pasukan yang setia kepada Bashar al-Assad telah menggunakan peluru berpandu Scud dalam pertempuran melawan Mujahidin Syria.
Peluru berpandu jenis itu merupakan bom pembakar dan peluru berpandu gerakan cepat yang menandakan peningkatan serius daripada konflik panjang di Syria.
Human Rights Watch (HRW) mengatakan senjata itu mengandungi bahan yang sangat mudah terbakar yang dirancang untuk menimbulkan luka bakar yang teruk dan dijatuhkan di kawasan penduduk.
The Times, memetik para pegawai AS, mengatakan rejim Assad telah menembak sekitar enam peluru berpandu Scud dari daerah Damsyik yang terhadap pemberontak di utara Syria dalam beberapa hari terakhir.
Penggunaan peluru berpandu mungkin merupakan tanda bahawa rejim Assad telah kehabisan pilot atau helikopter yang boleh digunakan untuk melancarkan serangan udara pengecut melawan Mujahidin Syria.
Note: Ya Allah bantulah penduduk Syiria yang menentang Assad... Berilah kemenangan kepada mereka. Amin