Sila Tinggakan Jejak Di Sini

Wednesday, February 24, 2010

Love Your Parents And Love Your Children

Something worth your thoughts, we all have parents & children.. one way or another.. best regards & happy reading God bless us.

Tuesday, February 23, 2010

Lagi-lagi Saman !

MOHAMAD Afandi bersama peguamnya, Yusmawati Ab. IIah (kiri) dan Nur Azlin @ Azliana Arifin di Mahkamah Tinggi, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Mohamad Afandi, Ketua Imam 1 Masjid Al-Ikhlasiah, Kampung Kerinchi di sini semalam memfailkan saman menuntut ganti rugi RM5 juta daripada Persatuan Penduduk Taman Desa Kerinchi dan pengerusi persatuan itu atas dakwaan memfitnah dirinya sebagai individu yang telah menyalahgunakan kuasa serta orang yang bermasalah dalam kariah tersebut.
Semalam pula, bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Nakhaie Ahmad mengemukakan saman fitnah sebanyak RM1.5 juta terhadap bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin dan tujuh defendan lain termasuk akhbar Sinar Harian atas dakwaan menuduh dirinya terlibat dalam rasuah dan penyelewengan semasa menerajui yayasan itu.
Nakhaie dalam pernyataan tuntutannya mendakwa Asri telah mengeluarkan kenyataan yang memfitnahnya dalam satu persidangan media pada 1 November tahun lalu dan dua artikel yang diterbitkan Sinar Harian pada 2 dan 5 November tahun tersebut.
Plaintif turut mendakwa kenyataan tersebut telah menyebabkan kewibawaan dan reputasinya kian merosot di mata masyarakat selain beliau merasa tersinggung dan terhina. Nakhaie juga mendakwa, kenyataan fitnah itu memberi gambaran bahawa beliau seorang yang gila jawatan, memegang jawatan di Yadim untuk mendapatkan keuntungan peribadi dan bukannya atas kepentingan agama serta rakyat.
Mili tidak tahu apa nak jadi dengan ulama sekarang. Contoh yang mereka berikan amat tidak baik khususnya kepada masyarakat bukan Islam. Ulama sama ulama berkelahi. Di satu pihak, janganlah menuduh sembarangan dan di pihak yang lain pula janganlah cepat melatah. Tapi melihat kepada senario di atas, saman itu juga untuk memberi pengajaran kepada mereka yang suka membuat onar. Dalam masa yang sama untuk membersihkan nama dan mengembalikan maruah diri. Wallahu’alam.

Note: ILMU adalah panduan, HARTA adalah alat, kedua-duanya adalah utk menegakkan KEBENARAN. Bukan utk mencari kepentingan & jauh sekali dari tujuan kesombongan & kebanggaan.
Sekadar memerhati dari jauh. Allah lebih mengetahui.

Sunday, February 21, 2010

Berjalan Ke Pahang dan Terengganu

Cuti Raya Cina yang lalu mili berkesempatan berkunjung ke negeri Pahang Darul Makmur. Mili menginap di De Rhu Beach Resort, Kuantan. Kalau datang dengan keluarga .. ok la semalam in ‘weekend’ dalam RM220.00. Kalau hari biasa dalam RM180.00 saja semalam. So, duduk tiga hari dua malam, yang penting ada kolam untuk berenang. Lebih-lebih lagi jika dapat mandi bersama anak-anak.

Berenang memiliki banyak manfaat untuk kesehatan. Dengan berenang seluruh tubuh bergerak, otot-otot yang besar akan digunakan seperti otot perut, otot lengan, punggung dan paha. Ia termasuk sebagai olahraga aerobik yang akan membuat paru-paru sihat, sendi lebih lentur terutama di bahagian leher, bahu dan pinggul, kerana bahagian-bahagian tubuh tersebut digerakkan. Berenang juga dapat melatih menggunakan pernafasan secara efisien.















Perkenalkan berenang kepada anak-anak agar mereka menyukai karena sifatnya yang seperti “main air”. Dengan berenang, tubuh akan membakar sekurang-kurangnya 275 kalori/jam, sama dengan berbasikal dan berjalan cepat. Meski kalori yang terbakar tidak sebanyak berbanding dengan berlari atau bermain badminton misalnya, karena berenang itu menyenangkan, maka boleh dilakukan lebih lama, sehingga kalori yang dibakar dapat lebih banyak. Mili memang suka berenang kerana mendapat manfaat olahraga tanpa harus kepanasan atau berkeringat. Tubuh segar, hati pun bahagia.


Resort ini terletak di kawasan Beserah dan bersebelahan dengan Pusat Rekreasi Pantai Balok. Sesiapa yang berminat untuk berkhemah di pesisiran pantai ini boleh boleh saja.



Dah datang ke Pahang, alang-alang mili berkunjung pula ke Pasar Payang Kuala Terengganu yang terkenal dengan kain batiknya sampai terlupa nak ambil gambar. Belilah juga beberapa helai. Kemudian mili pergi pula ke masjid Kristal di Pulau Wan Man dan solat jamak qasar di situ. Ramai juga orang yang melawat masjid tu. Nampak besar dari luar tapi di dalam taklah besar sangat.
Dalam perjalanan balik ke Penang singgah sebentar membeli losong di Kg. Losong Haji Su, masih lagi di Kuala Terengganu. Sedap juga losongnya. Sekitar pukul 3 pagi sampailah mili di Penang. Memang penat tapi seronok berjalan-jalan tengok tempat orang, menghargai dunia pemberian dan ciptaan Allah swt.

Wednesday, February 10, 2010

Keberkatan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat


9 Feb 2010 Setahun dah anakku..
Muhammad Rayyan Ilmi ...


Masa berlalu begitu pantas sekali, anak mili yang bongsu sudah berumur 1 tahun pada 9 Februari 2010 ini. Dah pun mula berjalan walaupun masih terhoyong hayang. Dan sebaik-baiknya anak itu ’dibelah mulut’ dan didoakan oleh orang alim lagi berilmu. Maka mili pun berazam supaya dapat berjumpa dengan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat (TGNA) Menteri Besar Kelantan Darul Naim.

Anak pertama dan kedua tidak berkesempatan berjumpa dengan TGNA, tiada rezeki. Mereka’dibelah mulut’ dan didoakan oleh ustaz-ustaz biasa saja.
Ada beberapa kejadian aneh yang ingin mili kongsikan dengan sahabat-sahabat sekelian iaitu pengalaman berjumpa dengan TGNA. Mili, isteri dan anak sampai di masjid Pulau Melaka sekitar jam 5.15 pagi. Kami tiga beranak saja, memang tawakkal habis, mudah-mudahan dapat berjumpa dengan TGNA. Umum mengetahui bahawa TGNA amat sibuk kadang-kadang keluar daerah, maklumlah Menteri Besar.
Sedikit demi sedikit masjid Pulau Melaka mulai didatangi jemaah untuk bersolat subuh. Hampir jam 6.00 pagi azan subuh pun berkumandanglah. Mili bertanya kepada seorang jemaah yang agak berumur bahawa mili berhajat membawa anak mili untuk bertemu dengan TGNA dan bagaimanakah caranya. Dia tanya.. ”maghi dari mano..? Mili jawab .. ”dari Penang.. ” ”Jauhnyo...?” Katanya, insyaallah pagi ni TGNA ada.
Tak berapa lama kemudian mili terlihat susuk tubuh TGNA masuk ke masjid dan solat sunat subuh. Alhamdulillah mudah-mudahan dapat mili berjumpa dengan TGNA dan menyampaikan hajat mili. Jemaah tu kata, selepas solat subuh TGNA akan memberi kuliah. ”Waktu tu demo buleh bawak anak tu dale masjid doh” katanya dengan loghat kelantan. Mili jawab, ”nanti anak kecik ni menangis atau menjerit ke, kan boleh mengganggu jemaah takut tak selesa, apalagi TGNA tengah dok bagi kuliah”. Jemaah tu jawab... ”Takpo, sini budok kecik tok jeghit”....”Betul ke pokcik,” Mili tanya.. ”Betuull..” jawab pakcik tu..

Walaupun mili masih ragu2, mili ikutkan juga kata-kata pakcik tu. Selesai solat subuh, berzikir dan berdoa... Memang benar TGNA terus memberi kuliah dalam keadaan kaki tidak berubah iaitu duduk dalam keadaan tahiyat akhir. Artinya TGNA tetap mengadap kiblat. (Sahabat sekelian, jika kita masih duduk tidak berubah dalam keadaan tahiyat akhir selepas selesai solat, maka selama itulah malaikat akan mendoakan supaya Allah swt mengampunkan dosa kita. Maka janganlah terus kita bangun selepas selesai solat fardhu..).

Kemudian, mili pun bergegas ke kereta dan mengambil anak dari pangkuan isteri dan bawanya masuk ke dalam masjid. Sewaktu di dalam masjid, memang benar anak mili tidak mengeluarkan bunyi sedikitpun, ... menjerit atau menangis jauh sekali. Kelihatannya waktu itu seperti dia berada dalam keadaan yang amat selesa, sambil mata sesekali memandang sekeliling. Mili agak hairan sedikit.
Memandangkan mili hanya datang tiga beranak saja ... dan perempuan tidak dibenarkan untuk turut serta dalam ’upacara’ tersebut. Pakcik tu menawarkan diri untuk mambantu mili membawa beg yang berisi gunting, kurma, kismis, air zam-zam dll yang dibekalkan oleh ibu mertua mili. Hampir jam 7.00 pagi TGNA selesai memberi kuliah subuh. Pakcik tu terus mengajak mili ke depan untuk bertemu dengan TGNA. Sampai di depan TGNA, terus pembantu TGNA mengambil beg yang dipegang pakcik tu dan mengeluarkan satu persatu barangan dari dalam beg dan menyusunnya di depan TGNA.
Kemudian TGNA mengambil anak dari pangkuan mili dan mengusap kepala, kurma dilenyek-lenyekkan dengan air zam-zam dan TGNA memasukkannya ke dalam mulut anak mili. Perlahan-lahan anak mili boleh telan kurma tu. Budak kecik macam ni pun boleh telan kurma? Banyak tu.. bukan sikit ... kalau setahun 2 boleh la kita bagi makan, ini ... umur sebulan pun tak sampai lagi ... Mili makin hairan ...
Akhir sekali, TGNA mendoakan anak mili dan jemaah sekeliling pun mengaminkan. TGNA pun menyerahkan anak kepada mili dan mili pun mengucapkan terima kasih sambil bersalam cium tangan TGNA. Alhamdulillah, sampai juga hajat mili.
Sebaik sahaja mili bangun dan toleh ke belakang untuk pulang .... rupa-rupanya telah berderet bapa-bapa yang mengendong anak masing-masing sambil duduk menunggu giliran untuk mengambil berkat Tok Guru. Mili tak sedar bilakah mereka semua beratur di belakang mili kerana senyap sunyi....
Inilah kemuncak kehairanan mili, kerana sepanjang proses itu tidak sepatah pun bayi-bayi di dalam masjid itu mengeluarkan suara, apalagi menangis atau menjerit. Semuanya diam, hanya mata mereka saja yang sesekali pejam celik dan melihat sekeliling.










Sahabatku sekelian, cuba lihat di klinik-klinik atau hospital atau pasaraya... amat jarang sekali bayi yang begitu ramai dapat duduk diam serentak di atas ribaan bapa masing-masing dan bukannya atas ribaan para ibu.
Inilah yang dikatakan berkat Tok Guru... sesungguhnya orang-orang alim lagi berilmu itu mempunyai kelebihan dan keberkatan. Maka sesiapa yang berdampingan dengan mereka pasti sedikit sebanyak akan mendapat tempias keberkatan hidup..
Rasulullah S.A.W. menggalakkan umat Islam supaya sentiasa mendampingi orang-orang alim kerana berdampingan dengan mereka dapat menambahkan lagi keimanan dan ketakwaan serta mendapat keberkatan dan syafaat orang alim di akhirat kelak. Maksud sebuah hadis yang mengatakan bahawa ”sesiapa yang berdampingan dengan orang alim diumpamakan seperti duduk berhampiran dengan penjual minyak wangi, walaupun tidak mendapat minyaknya sekurang-kurangnya ia akan juga terhidu bau wangian daripada penjual tersebut, sebaliknya jika dia berdampingan dengan tukang besi sekurang-kurangnya ia akan mendapat bau busuknya atau mendapat percikan api tersebut”..
Hebat sungguh..
Justeru, mili ingin mengingatkan kepada sahabat sekelian termasuk diri mili yang hina supaya jangan kita memandang rendah kepada orang-orang yang berilmu apalagi mencerca atau memaki hamun golongan ulama... kerana mereka adalah pewaris para nabi.
Allah swt. Berfirman dalam surah Al Mujaadilah ayat 11.. yang bermaksud ”... Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan kepada beberapa derajat... ” Semoga anak-anakku menjadi ulama yang diredhai Allah swt. Allahu Akbar !!!
Note: Terima kasih kepada pakcik yang tolong bawa beg mili tu...

Tuesday, February 2, 2010

Kenangan Bersama Toyota Vios 1.5E

Toyota Vios 1.5E

Tiga tahun setengah bersama dengan vios amat menyeronokkan kerana pemanduannya yang amat selesa, pick up waktu naik bukit mantap, meluncur laju membelah angin, body berat tapi save minyak, bayangkan dari penang pergi ke kelantan dalam 340km dengan harga minyak sekarang cuma RM25.00 atau RM30 aje.. Mili biasa isi penuh dan apabila sampai di kelantan meter minyak menunjukkan satu bar atas dari paras setengah tangki .. sungguh menakjubkan! Sedangkan kita tahu bahawa jalan lebuhraya Timur Barat tu bukannya ‘tenang’, ianya berliku-liku dan turun naik bukit. Selama ‘memilikinya’ tiada masalah besar.. ibarat aur dengan tebing, saling faham memahami antara satu sama lain.
Kusangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hati. Bila anak dah semakin bertambah maka mili sebagai bapak pun memikirkan keselesaan isteri dan anak-anak apabila balik kampung untuk berhari raya atau mengunjungi sanak saudara. Maka mili dengan berat hati melepaskan vios dan ’menyunting’ Nissan Grand Livina. Nak memiliki kedua-duanya rasanya tidaklah relevan kerana mili sudah memiliki ’adik’ Viva yang baru setahun jagung.

'Adik' Viva

Nissan Grand Livina 1.6A
Livina besar ... jika dibandingkan dengan vios, mpvlah katakan. Selain dari bentuknya yang stailo, menarik, apalagi jika dilengkapkan dengan aerokit, impul dan skirt maka terserlahkan ke’machoan’ Livina tambah pulak warna hitam. Bila balik kampung takde masalah langsung dengan segala barangan yang dibawa. Cuma air cond mili tak puas hati. Tak sesejuk vios. Vios ’on’ 1 pun dah sejuk giler.. Sedangkan Livina kalau naik ramai kena ’on’ 2. Mili sekeluarga sedang beradaptasi dengan ahli baru Livina nih. Mudah-mudahan ia baik dan bagus macam vios. Bila bawak tak rasa bawak mpv, selesa macam bawak sedan..benarlah kata-kata .. ’Pemanduan ibarat sedan ciri seakan mpv’. Minyak pulak kuat sikit dari vios. Maklumlah 1.6.

Mili bukannya apa... terkadang terkenang pada vios dulu yang pernah mengisi dan banyak membantu mili dalam urusan kerja dan keluarga. Agaknya siapalah yang memilikimu tika dan saat ini. Terjagakah minyak hitammu yang selalu mili service di pusat Toyota Service ikut jadual, bersihkah dikau, tercalarkah dan segala macam benda-benda kecil accessories yang biasa mili bagi.
Apapun, itu semua dunnia tuan puan sekelian. Janganlah kita terleka dengan permainan dunia. Yang penting ialah apa kenderaan kita di akhirat esok nun..
Renungkan firman Allah Taala dalam surah Al Imran – ayat 14 ini :
Ertinya : Dijadikan indah pada pandangan manusia kecintaan apa-apa yang diingini, wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia. Dan di sisi Allah lah tempat kembali yang paling baik.