Sila Tinggakan Jejak Di Sini

Thursday, March 31, 2011

Kewajipan Menuntut Ilmu

Islam Mewajibkan umatnya menuntut ilmu. Dalam sebuah hadis riwayat Ibnu Majah, Rasulullah saw bersabda : Menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas setiap orang Islam. Ilmu adalahpengetahuan yang merujuk kepada kefahaman manusia terahadp sesuatu perkara yang sistematik dan diusahakan secara sedar. Ia juga berkaitan dengan aspek pemikiran manusia yang lain seperti pengetahuan, pengalaman dan perasaan. Kewajipan menuntut ilmu pengetahuan adalah untuk memantapkan keimanan dan kesejahteraan hadup manusia. Di samping itu kita juga disaran menggunakan akal fikiran untuk merenung kekuasaan dan kebesaran ciptaan Allah swt, mencari ilmu sebanyak mungkin, menganalisis, mengkaji, menyelidik dan mengambil iktibar daripada peristiwa yang berlaku terhadap umat masa lampau. Justeru, ilmu yang perlu dituntut adalah ilmu pengetahuan yang memberi manfaat dan boleh membawa ke syurga. Ini dijelaskan oleh Allah swt dalam surah Al Mujadilah ayat 11 :

Maksudnya: Nescaya Allah akan mengangkat (darjat) orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu kepada beberapa darjat. Dan Allah Maha teliti apa yang kamu kerjakan.

Kita bukan sahaja dituntut mempelajari ilmu bahkan diwajibkan juga menyampaikan ilmu tersebut kepada orang ramai supaya kita juga mengingati apa yang disampaikan demi mencapai kecemerlangan di dunia dan akhirat.

Note: Saja ... nak bagi motivasi kepada rakan-rakan blogger yang masih menuntut di sekolah ke, IPT or mana-mana saja

Wednesday, March 30, 2011

Bersantai di Gunung Jerai

Minggu lepas Mili bersantai di Gunung Jerai. Ia terletak dalam daerah Gurun. Ingatkan tinggi sangat... jaraknya hanya kira-kira 14km dari kaki gunung hingga ke puncak. Mili stay kat The Regency Resort. Itu je yang ada pun. Tempatnya idaklah besar sangat 1 chalet RM160.00 ok sangat weh...
The Regency Jerai Hill Resort

Chalet Mili no 421.... aaa pi straight yea..

Fullamak, punyalah cantik chalet... udaranya sungguh nyaman kat ataih nie..

Mili respect kat pengurusan resort sebab surau dia bina letak di atas bukit dlm kawasan resort. Cantik pulak tue..

Suasana petang nampak laut di sebelah kiri dalam gambar

Petak-petak sawah tersusun indah dapat kita lihat dari atas nie..
Kelihatan Pulau Bunting kat gambar atas. Pulau tu katanya takde orang tinggal. Kenapa nama Pulau Bunting idak le Mili tahu.



Ada Muzium kat atas nie

Tapi tutup la pulak kerana kerja-kerja menaik taraf... so tak dapatlah Mili tengok apa ada dalam muzium tu.

Santai dan relax sangat masa kat atas gunung jerai ni. Malam dan pagi ada kabus.. sejuk sangat. Suhu mencecah hingga ke 18darjah ada 1 ketika tue.. biasa dalam 21darjah. Ada gak konvoi bermotor masa tue. Budak-budak pengakap berjalan mendaki. Letih Ooo..

Note: Bulan Mei 2011 ni pihak pengurusan resort kata siaplah kolam depa. Mili tertanya-tanya sapalah agaknya yang sanggup mandi dalam keadaan sejuk nie ... hehehe... Apapun Wa Enjoy di Gunung Jerai... Boleh pegi lagi beb.

Saturday, March 26, 2011

Motivasi Jepun

Gambar di atas menunjukkan Jepun membaiki jalan selepas gempa bumi yang melanda pada 11 Mac 2011. Pembinaan semula telah dijalankan di Great Kanto Highway pada 17 Mac 2011 dan siap sepenuhnya 6 hari kemudian.
Walaupun seramai 23,000 orang hilang atau mati akibat gempa dan tsunami tetapi mereka dengan cepat dapat membaiki jalan dan apa-apa yang patut dalam waktu yang cukup singkat.

Note: Suatu motivasi yang dapat membuatkan kita berfikir bagaimana pemikiran orang Jepun yang cepat bertindak demi kelangsungan hidup mereka, walau musibah hebat melanda ...

Monday, March 21, 2011

Followers Award To lindarahim-ummyaisy.blogspot.com/

Mili dengan bangganya menyerahkan Lindarahim bunga yg cantik ni sebab dah jadi follower Mili yang 345. Susah tau nak nak buat, nak dapat no bertuah tu pun kira rezeki la.. Linda silalah ambil yea tq..

Sunday, March 20, 2011

Jatuh Hati Dengan Pantai Timur

Rasanya Mili baru jer balik dari Terengganu.. Berjalan pulak ke Kelantan cuti sekolah baru-baru nie. Singgah kat Rantau Panjang ... pa lagi shopping sakan le teman .. hehe

Walaupun hari tu hujan, tak halang hasrat Mili membelah belah kat Rantau Panjang beb..
Antara barang2 yang Mili beli ...

Pastu pergi Kota Bharu menginap kat Ridel Hotel. Dengan pasar Siti Khadijah dekat ajer.. blh jalan kaki

Waktau malam kat Hotel Ridel Kota Bharu

Makan kat restoran di Hotel Ridel, Nama dia Shark Lounge, Oh ya.. tema hotel ini ialah ikan, dan warna just hitan putih, menarik ... lupa pulak nak ambik gambar kat lobby n dalam hotel

Depan hotel ni Sungai Kelantan ... relax sambil nikmati suasana sungai yang besar ...

Memorial Perang tak jauh dari hotel.. blh jalan kaki jer... very practical stay here..

Mari cuba rasa Akok, Baulu dan Beko ... panas-panas

Ini Beko... sedap dimakan panas2..
Kat pasar Siti Khadijah beli lagi.. Abe ... Abe ... marila beli ... Abe pun belila ... dek pujuk rayu ramah tamah cekmek molek, awek kelantan nih... terbang lagii duit aku.. Apa pun wa enjoy pi Kelantan..
Note: Itulah Rasanya Mili dah jatuh hati kat Pantai Timur ... (esok pi KL plak ado meeting, flight pkul 7pg, awal betul... kena solat kat airport le, klu idak tak sempat den..)