Riwayat at Thabrani dengan para perawinya yang dipercayai, dari Ibnu Mas'ud RA, ia berkata: "Di kalangan kami terdapat seorang lelaki yang melamar seorang perempuan yang bernama Ummu Qais, tetapi dia menolaknya kecuali jika lelaki itu sedia berhijrah, maka lelaki itupun berhijrah dan menikahinya. Maka kami menamainya 'Muhajir Ummu Qais'.
Intisari Hadis:
1. Seseorang itu tidak boleh berhajat untuk melakukan sesuatu perbuatan kecuali ia mengetahui hukumnya.
2. Niat itu tidak boleh diwakilkan.
3. Pekerjaan seseorang itu tidak sah apabila tidak disertai dengan niat.
4. Tidak boleh berniat dalam semua ibadah kecuali apabila ibadah itu disyariatkan.
5. Keutamaan hijrah dari negeri orang-orang musyrik ke negeri orang-orang muslim demi mencari keredhaan Allah atau berhijrah dari negeri yang penduduknya penuh maksiat ke negeri yang penduduknya bebas dari maksiat.
6. Ikhlas berbuat sesuatu kerana Allah swt dan berwaspada dari sikap menunjuk-nunjuk dan mencari populariti.
7. Niat itu tempatnya di hati. Adapun melafazkan (mengucapkan) niat di lisan itu tidak ada tuntutannya daklam syariat.