Bulan December 2009 sudah tiba, so kepada mereka yang biasa kena income tax, maka inilah bulan yang terbaik untuk anda membayar zakat, kerana mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967 kepada mereka yang membayar zakat maka akan dikecualikan dari cukai pendapatan. Pembayaran yang dikecualikan adalah dalam tahun yang sama saja cth. pembayaran zakat dalam tahun 2009 maka cukai yang boleh dikecualikan pun dalam tahun yang sama juga.
Oleh itu saudaraku sekelian, marilah ambil peluang ini sebaik mungkin. Sebelum habis bulan December 2009 ini bayarkanlah zakat anda dan dalam masa yang sama anda dikecualikan dari membayar cukai. Lagi pun bayar zakat itu ibadah. Ia sebagai saham untuk kita di akhirat esok.. tak gitu. Orang income tax jangan marah aa… ini kenyataan. He he ehee
Sila Tinggakan Jejak Di Sini
Thursday, December 3, 2009
Thursday, October 1, 2009
Marhaban Ya Syawal
Marhaban Ya Syawal
Ramadhan sudah meninggalkan kita. Syawal pula menjelma. Apakah kedatangan Syawal yang ditunggu-tunggu oleh jutaan umat Islam di seluruh dunia ini membawa sinar kejayaan kepada mereka yang telah berpuasa di bulan Ramadhan Karim?
Persoalan ini semestinya kita jawab dengan hati yang ikhlas kerana diri kita, kita sendiri yang mengetahuinya. Apakah kita sudah berpuasa mengikut kehendak syariat islam dengan sesungguhnya atau hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja? Apakah kita sudah mendapat didikan yang sempurna di dalam madrasah Ramadhan yang lalu? Apakah kita kini masih lagi lalai dan leka dalam menunaikan tanggungjawab kita kepada Allah swt.
Bulan Syawal ialah bulan kemenangan di atas pengorbanan kita umat Islam dalam menahan lapar dan dahaga. Di dalamnya amat banyak sekali pengajaran yang dapat kita pelajari antaranya:
1. Muhasabah diri
Kita dapat muhasabah diri kita sendiri apakah di dalam bulan Syawal ini kita telah mengikut syariat Islam yang sebenarnya atau masih lagi melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan agama Islam.
2. Menahan hawa nafsu
Berusahalah untuk tetap dapat menahan segala hawa nafsu yang dapat kita tahan semasa di dalam bulan Ramadhan yang lalu. Jadikan bulan Syawal ini sebagai permulaan segala didikan positif yang kita perolehi di bulan Ramadhan.
3. Anjakan paradigma
Di bulan kemenangan ini sepatutnya kita umat Islam dapat merubah kehidupan kita dari segala segi, negatif kepada positif. Merubah kehidupan kita menjadi lebih baik bukan di mata manusia tetapi di sisi Allah swt.
4. Silaturrahim
Menghubungkan silaturrahim sesama kita setelah kita dapat menundukkan segala nafsu yang selama ini menguasai jiwa sanubari hasil dari didikan madrasah Ramadhan yang mulia. Pertahankanlah silaturrahim yang telah kita bina sehingga ke akhir hayat, kerana kata Nabi saw. sesiapa yang menghubungkan silaturrahim umurnya panjang.
5. Mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran
Berusahalah mengajak manusia kepada kebaikan dan menjauhi kemungkaran yang sering kita dengar hampir setiap hari di dalam tazkirah samaada di masjid-masjid, surau-surau atau di media massa sewaktu di bulan Ramadhan.
6. Solat berjemaah
Dalam bulan Ramadhan kita boleh bersolat secara berjemaah berbanding bulan-bulan yang lain. Pertahankanlah solat berjemaah tersebut. Sebagaimana kata nabi bahawa solat berjemaah itu lebih besar pahalanya sebanyak 27 kali ganda jika dibandingkan solat secara sendirian. Nabi saw. juga pernah mengancam akan membakar rumah orang-orang yang tidak menunaikan solat berjemaah di masjid. Selain solat berjemaah kewajipan kita adalah menunaikan solat 5 waktu sehari semalam. Janganlah hanya di dalam bulan Ramadhan sahaja kita menunaikan solat 5 waktu. Apabila berakhirnya bulan Ramadhan maka berakhirlah juga solat 5 waktu kita.
7. Mengimarahkan masjid
Dalam bulan Ramadhan masjid-masjid dan surau-surau dipenuhi orang. Apabila tiba waktu zohor mereka yang bekerja boleh meluangkan masa bersolat berjemaah di masjid dan ada sebahagaian masjid yang membuat tazkirah selepas solat zohor. Begitu juga ramai di kalangan kita dapat menunaikan solat isyak secara berjemaah di masjid atau surau, kerana selepas itu kita akan menunaikan solat tarawikh yang tidak terdapat dalam bulan-bulan yang lain.
Justeru, pastikan segala amalan yang kita lakukan pada bulan Ramadhan yang lalu tetap berlaku di dalam bulan Syawal ini dan di bulan-bulan seterusnya, kerana Allah swt akan memberikan ganjaran yang sebaik-baiknya kepada mereka yang ikhlas dalam beramal hanya kerana-Nya. Wallahu’alam

Thursday, August 27, 2009
Penawar Bagi Hati
Seorang ulama sufi yang bernama Ibrahim Khawwaz telah menjelas bahawa untuk melembutkan hati kita supaya suka kepada ibadah, akhirat dan selalu ingat kepada Allah swt maka perlu ada lima perkara :
1. Baca Al Quran
Membaca Al Quran pada setiap hari dan malam, apabila baca bukan hanya baca saja dengan berlagu, cukup tajwid, dengungnya dll. Tetapi menghayati juga maknanya atau tahu maknanya. Maka kita akan faham apa yang kita baca itu.
2. Kosongkan perut
Apabila berbuka puasa jangan terlalu makan hingga kekenyangan seperti ular sawa baru telan kambing, tak boleh nak bergerak kemana-mana. Tetapi makan dengan sekadarnya supaya tidak terlalu lambat untuk solat maghrib dan perut dalam keadaan selesa apabila kita melaksanakan solat sunat tarawikh.
3. Lakukan Solat malam
Bangun dan bersolatlah di tengah-tengah malam di kala orang lain sedang tidur enak dibuai mimpi, tetapi kita bangun mengadap-Nya, menyebut nama-Nya, bertasbih memuji-Nya, memohon kepada-Nya, merintih kepada-Nya moga-moga dilihat-Nya kita ini dari sekian banyak makhluk ciptaan-Nya, mengharapkan redho-Nya.
4. Berfikir - merenung ke langit waktu sahur
Ambil kesempatan di bulan Ramadhan ini apabila bersahur, jenguklah keluar jendela memerhatikan kebesaran alam ciptaan Allah swt. Bintang-bintang berkerlipan, bulan menyinari alam maya yang nyaman, dengan suasana gelap khusus Allah ciptakan untuk manusia dan segala isinya. - (An Naziat: 33)
5. Duduk dengan orang-orang soleh
Berkawanlah dengan orang-orang soleh, maka insyaallah kita pun akan turut soleh. Jika berkawan dengan orang selainnya maka kita pun akan terkena tempias orang tersebut.
Sama-samalah kita meningkatkan amal ibadah kita lebih-lebih lagi di bulan Ramadan Al Mubarak 1430 yang sedang kita nikmati ini, supaya kita mendapat rahmat yang berpanjangan daripada Allah swt.

Subscribe to:
Posts (Atom)