Sila Tinggakan Jejak Di Sini

Friday, April 30, 2010

Budak Buta Guna Bahasa Ikan Lumba-Lumba


KENT - Walaupun buta sejak lahir, seorang budak lelaki di Britain berusia empat tahun, Jamie Aspland (gambar) mampu berjalan tanpa bantuan sesiapa dengan mempelajari bahasa ikan lumba-lumba, lapor sebuah akhbar.
Dia mengguna teknik FlashSonar atau kaedah pengesanan gema seperti ikan lumba-lumba dengan mulut mengeluarkan bunyi berdetap nada tinggi bagi menjejaki pantulan semula dari permukaan objek sebagai panduan kedudukan.
Teknik itu dimajukan oleh seorang lelaki buta Amerika Syarikat (AS), Dabiel Kish yang juga Presiden Akses Dunia Bagi Orang Buta.
Kaedah itu membolehkan orang buta mengesan sebarang objek yang berada pada jarak 100 meter.
Ibunya, Deborah Aspland, 39, terkejut apabila mendapati anaknya sudah mampu berjalan tanpa berlanggar sebarang objek selepas mempelajari teknik itu.
"Dia telah berjaya untuk berjalan di tangga tanpa bantuan saya. Ia amat menakjubkan kerana saya dulu agak cemas apabila melihatnya bergerak ke arah pagar sebelum dia berpusing apabila menyedari ada objek di depannya," kata Deborah. - Agensi
Note: Setiap kejadian yang Allah ciptakan ada kelebihannya masing-masing walaupun d mata manusia nampak kelemahan.. Hargailah orang lain.

Wednesday, April 28, 2010

1. Coincidental??? This is very interesting health information......

MUSHROOM – EAR

Slice a mushroom in half and it resembles the shape of the human ear .
And guess what? Adding it to your cooking could actually improve your hearing.
That’s because mushrooms are one of the few foods in our diet that contain vitamin D.
This particular vitamin is important for healthy bones, even the tiny ones in the ear that transmit sound to the brain.
Note: All praise is due to Allah, the Lord of the Worlds.

Tuesday, April 27, 2010

Tupai Pertahan Bangkai Rakan

KLIP di laman YouTube menunjukkan seekor tupai melindungi bangkai rakannya

LONDON - Seekor tupai sanggup berhadapan bahaya demi mempertahankan bangkai rakannya daripada menjadi hidangan sekumpulan burung gagak, lapor sebuah akhbar semalam.
Sekumpulan burung gagak itu terpaksa melupakan niat untuk menjadikan bangkai seekor tupai yang mati kerana terdapat seekor tupai yang tidak membenarkan haiwan itu memakannya.
Satu rakaman video menunjukkan kesetiaan tupai tersebut terhadap rakannya sehingga ia sanggup menghalang tiga ekor burung gagak memakan bangkai rakannya di sebatang jalan raya. Klip video itu dapat dilihat di laman YouTube dan ia telah ditonton oleh lebih 500,000 penonton. Dalam rakaman tersebut, tupai itu melompat sambil menggerakkan ekor bagi memberi isyarat supaya burung gagak itu beredar.
Namun, seekor demi seekor gagak mendekati bangkai itu.
Tupai itu kemudian berdiri dan dilihat berbaring di tepi bangkai rakannya seolah-olah ia bersedia untuk menerkam burung gagak menyebabkan haiwan berkenaan melupakan hasrat untuk memakannya. - Agensi
Note: Berapa ramaikah di antara kita yang sanggup berkorban demi mempertahankan maruah sahabat, kawan, saudara mara kita. Sesungguhnya kesetiaan Tupai ini adalah sindiran daripada Allah SWT untuk manusia supaya kita berfikir haiwan yang tidak mempunyai akal pun sanggup mempertahankan jasad rakannya daripada dimakan. Tetapi kita manusia ada yang sanggup memusnahkan hidup kawan-kawan, saudara mara hanya kerana kenikmatan dunia.. Fikir-fikirlah wahai teman... Wallahu'alam

Sunday, April 25, 2010

Bayi Enam Hari Seberat Bayi Enam Bulan

GAMBAR menunjukkan bayi berusia enam hari tetapi berat seperti bayi enam bulan

DONCASTER, England - Walaupun baru berusia enam hari, seorang bayi lelaki Britain, Harry Crossland memecah rekod Hospital Diraja Doncaster di sini kerana beratnya seperti bayi yang berusia enam bulan, lapor sebuah akhbar semalam.
Anak bongsu daripada lima adik-beradik pasangan Paul Croosland, 51, dan Sharon Needham, 35, itu mencatatkan berat 6.3 kilogram. Bayi itu dilahirkan menerusi pembedahan Caesarean.
Ibu bapa bayi itu yang menetap di Bessacarr di sini juga terpaksa membeli pakaian yang lazimnya dipakai oleh bayi berusia enam bulan untuk anak mereka.
"Kami terperanjat apabila jururawat menyerahkan bayi ini manakala ramai jururawat terkejut kerana mereka tidak percaya bayi besar ini baru dilahirkan. Saya menyangka mereka memberi saya anak orang lain," kata Sharon.
Bayi terberat di Britain ialah Guy Warwick Carr yang lahir di Cumbria pada 1992 dengan berat tujuh kilogram manakala rekod dunia Guinness dipegang Anna Bates dari Kanada pada 1879 yang seberat 10.7 kilogram tetapi meninggal dunia 11 jam selepas dilahirkan. - Agensi
Note: Setiap bayi yang dilahirkan mempunyai ibu. Ibulah yang menanggung beban membawa anak dalam perut selama 9 bulan 10 hari. Dengan susah payah si ibu melahirkan anaknya ... bahkan ada yang melalui caesarean. Tetapi berapa ramaikah anak-anak yang menyayangi ibu dan menyanjungi ibu masing-masing? Belum terlambat untuk kita membuat ibu kita mengalirkan airmata, bukan airmata kesedihan tetapi airmata kegembiraan. Ingatlah ... Syurga di bawah tapak kaki ibu. Jadilah anak-anak yang soleh dan solehah.

Guna Meriam Tembak Pewangi Atasi Bau Busuk

TIGA pekerja pusat pelupusan di Beijing sibuk mengangkut sampah.

BEIJING - Sebuah pusat pelupusan sampah di sini akan memasang lebih 100 laras meriam untuk menembak pewangi bagi menangani bau busuk sampah yang menyelubungi ibu kota China itu ekoran cuaca panas.
Ketua seksyen daerah, Zhang Quanhong berkata, meriam dicipta sendiri petugas pusat itu susulan pihak berkuasa Beijing memohon maaf kepada jutaan penduduk yang terpaksa menghidu bau tengik sampah dari situ.
Meriam tersebut berfungsi seumpama penyembur pewangi jarak jauh dengan melepaskan cecair yang diperbuat daripada ekstrak tumbuhan serta akan menutup bau busuk di 13 buah pusat pelupusan di sekitar Beijing, kata agensi berita rasmi Xinhua.
Dianggarkan 17.5 juta warga Beijing menghasilkan 18,400 tan sampah sehari, menyebabkan bau busuk dan ramai mengadu tidak dapat tidur waktu malam. - Agensi .
Note: Agaknya bolehlah kita tiru cara mereka mengatasi bau busuk di tempat pembuangan sampah kita yang baunya memang kita maklum. Sesungguhnya Allah suka kepada hamba-hambaNya yang bersih. Kebersihan itu juga akan menghindari pelbagai penyakit.

Wednesday, April 21, 2010

Pemuda Miliki Separuh Badan


EASTERDAY berjalan dengan menggunakan kedua-dua tangannya

LOS ANGELES - Seorang pemuda berumur 35 tahun dari West Virginia, Amerika Syarikat (AS), Kenny Easterday hidup dengan separuh badannya kerana menghidap penyakit sacral agenesis yang menghalang tulang belakang daripada tumbuh dengan normal, lapor sebuah akhbar semalam.
Semasa dia berumur enam bulan, doktor memotong kedua-dua kaki Easterday dan menggunakan sebahagian daripada tulang kering bagi menyempurnakan pertumbuhan tulang belakangnya.
Satu dokumentari televisyen di AS menunjukkan pemuda itu bermain pool, boling, bekerja dan menjalin hubungan dengan tunangnya, Nicky berusia 33 tahun.
Dia dan Nicky menjalin hubungan selama tujuh tahun lalu.
Mereka kini sedang menunggu ujian sama ada Easterday ialah bapa seorang anak perempuan tunangnya itu. - Agensi
Note: Sedarkah kita memiliki anggota tubuh badan yang lengkap? Bersyukurkah kita dengan pemberian Allah SWT ini? Maka bersyukurlah sahabatku sekelian .. Allah SWT suka dengan orang-orang yang bersyukur.

Nissan Cipta Kereta Separuh Skuter

GAMBAR menunjukkan kereta Nissan Land Glider melalui selekoh sebatang jalan raya.

TOKYO - Gergasi kereta, Nissan meneroka lembaran baru permotoran dengan mencipta kereta separuh skuter dinamakan Land Glider, lapor sebuah akhbar semalam.
Kenderaan empat roda berkuasa elektrik itu memiliki lebar lebih separuh saiz kereta sedan keluarga dan direka khusus bagi kegunaan jalan bandar yang sibuk.
Dengan dua tempat duduk dan susun atur kabin seperti pesawat, Land Glider mampu melalui selekoh 'tajam' dan memiliki kelajuan maksimum sekitar 100 kilometer sejam.
Lebih canggih, kenderaan futuristik itu dilengkapi sistem cegah kemalangan automatik yang membolehkan ia mengesan kenderaan lain di sekitarnya sekali gus mengelakkan kemalangan seperti seekor ikan. - Agensi
Note: Tunggu Proton dan Perodua membuat kejutan macam ni. Usaha lagi jangan putus asa.

Wednesday, April 14, 2010

SEORANG anggota polis mengheret seorang penunjuk perasaan dekat makam Habib Hasan di Jakarta semalam
JAKARTA - Kira-kira dua orang maut dan 100 lagi cedera dalam satu pergelutan melibatkan 2,000 anggota penguat kuasa keselamatan Indonesia dan penunjuk perasaan dekat sebuah pelabuhan di sini semalam, kata beberapa pegawai semalam.
Pergelutan itu berlaku ekoran satu tindakan pemerintah Indonesia yang mahu mengubahsuai sebuah kawasan perkuburan yang menempatkan makam seorang ulama Islam terkenal, Habib Hasan.
Beberapa saksi berkata, pasukan polis melepaskan gas pemedih mata, peluru lada dan semburan air bagi menyuraikan penunjuk perasaan yang bersenjatakan parang dan batang kayu.
Penunjuk perasaan turut bertindak menghalang jentera jentolak yang cuba meratakan kawasan perkuburan ulama Islam yang dihormati itu.
Pergelutan itu menyebabkan lokasi kejadian tersebut seperti sebuah zon perang yang dipenuhi tompokan darah di atas jalan dan beberapa buah kenderaan polis yang terbakar.
Jurucakap Dewan Bandar Raya Jakarta, Cucu Ahmad Kurnia berkata, pergelutan itu berlaku kerana penduduk salah faham dengan menyangka makam berkenaan akan dipindahkan.
Menurutnya, hanya pintu dan bangunan lama di makam berkenaan akan diubahsuai. - AFP
Note: Inilah yang akan berlaku jika terjadi 'miss communication', sebab itu segala maklumat perlulah diperjelaskan dengan sebaik mungkin. Tapi bila sebut Indonesia ... apa-apa pun boleh berlaku di sana. Mili pernah berada di sana beberapa ketika dulu. Apapun kita berserah kepada Allah mudah-mudahan kita di Malaysia mendapat perlindungan dan maghfirah dari Allah SWT.

Tuesday, April 13, 2010

Spesis Udang Paling Jarang Ditemui

Berikut adalah udang yang paling langka dan indah di dunia
Ditemukan di terumbu karang Tutup
Dari salah satu pulau terpencil di Lautan Pasifik
Note: Subhanallah ciptaan Allah yang unik dan cantik, nak makan pun tak sampai hati ..

Hospital enggan beri rawatan diserang

ANGGOTA-ANGGOTA polis mengawal Hospital Peerless yang diserang perusuh di Kolkata semalam.
KOLKATA, India - Satu kumpulan perusuh menyerang sebuah hospital swasta di sini semalam kerana pihak pengurusan hospital tersebut enggan merawat seorang kanak-kanak yang cedera sehingga menyebabkannya meninggal dunia, kata Menteri Sukan, Kanti Ganguly.
Penduduk tempatan'mengamuk' dengan merosakkan dewan bedah, perabot, tingkap, komputer dan membakar restoran Hospital Peerless selepas kanak-kanak itu meninggal dunia.
Kanak-kanak berumur tujuh tahun itu meninggal dunia selepas dinafikan untuk menerima rawatan di hospital tersebut. Dia ialah mangsa satu kemalangan jalan raya.
Dalam kejadian itu, sembilan orang cedera manakala empat orang terbunuh.
Apabila mangsa-mangsa yang cedera dibawa ke hospital tersebut termasuk kanak-kanak itu, pihak pengurusan hospital meminta bayaran 50,000 rupee (RM3,600) bagi setiap pesakit yang merupakan satu jumlah yang besar bagi penduduk di India.
Polis yang dikerah untuk menenteramkan keadaan turut melepaskan tembakan bagi menyuraikan perusuh.
Menteri Kesihatan, Surya Kanta Mishra memberitahu pihaknya akan menyiasat insiden tersebut kerana semua hospital termasuk hospital swasta wajib menerima pesakit untuk rawatan kecemasan walaupun mereka tidak mampu membayar kos perubatan tersebut. - AFP

Note: Bersyukurlah kita kerana Malaysia tidak jadi seperti ini. sesiapa yang pernah berada di luar negara pasti akan bersyukur kerana dilahirkan di Malaysia. Alhamdulillah ... Hubbul Watan Minal Iman.

Honda perkenal skuter elektrik

SEORANG pekerja menunjukkan cara untuk mengecas skuter EV-neo di Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Honda di Wako semalam.

WAKO, Jepun - Syarikat Honda di Jepun memperkenalkan skuter mesra alam berkuasa elektrik, EV-neo semalam.
Skuter berkuasa 50cc itu mampu bergerak pada kelajuan 30 kilometer sejam dan akan dipasarkan di Jepun Disember depan dengan syarikat penghantaran seperti piza serta akhbar dijangka menjadi pelanggan utamanya.
Harga skuter itu ialah antara AS$6,000 (RM19,365) hingga AS$8,000 (RM25,820) dan ia memerlukan empat jam untuk dicas semula di rumah. - Agensi
Note: Harapan Mili semoga Malaysia juga akan mengeluarkan kenderaan yang menggunakan tenaga elektrik sebagai sumber tenaga suatu hari nanti. Entah bilakah ia akan menjadi kenyataan. Sama-samalah kita doakan.

Monday, April 12, 2010

Tunggang kuda buta

GAMBAR menunjukkan Gallichan menunggang kuda peliharaannya yang buta di Jersey, Britain.
JERSEY, Britain - Seekor kuda jantan yang buta masih mampu berlari dan membawa tuannya, Laydia Gallichan, lapor sebuah akhbar semalam.
Gallichan berkata, kuda baka Appaloosa yang bernama Herbie itu buta sebelah matanya sejak sembilan tahun lalu selepas terkena tangkai pokok jagung semasa meragut rumput di sini.
Dua tahun lalu, haiwan itu kehilangan penglihatan sepenuhnya kerana ketumbuhan di matanya yang tidak buta.
Dia yang menunggang kuda berusia 20 tahun itu berkata, walaupun buta, haiwan tersebut mampu menyesuaikan diri kerana ia kini memiliki daya pendengaran yang cukup baik.
"Kadangkala saya terlupa Herbie telah buta. Namun saya mahu masyarakat sedar, walaupun buta, ia bukannya penamat kehidupan," kata wanita itu.
Dia turut menjadi 'pemandu' Herbie dengan memberi arahan dari atas padang.
Semasa menunggang kuda itu, Gallichan akan berkata up, up bagi memberitahu haiwan itu supaya menaiki bukit.
Apabila menuruni tempat tinggi, dia akan menyebut perkataan steady kepada kuda tersebut. - Agensi.
Note: Haiwan pun boleh mendengar kata-kata arahan manusia, manusia belum tentu boleh mendengar kata-kata nasihat dari manusia lain. Haiwan boleh dibentuk, tetapi manusia ada yang berhati keras, lebih keras dari batu. Benarlah maksud firman Allah dalam surah Al Furqann ayat 44 ... atau adakah engkau menyangka bahawa kebanyakan mereka mendengar atau memahami (apa yang engkau sampaikan kepada mereka)? Mereka hanyalah seperti binatang ternak, bahkan (bawaan) mereka lebih sesat lagi.

Tuesday, April 6, 2010

Haiwan aneh ditemui di China

GAMBAR menunjukkan haiwan aneh yang ditemui di tengah China.
BEIJING - Para saintis bingung menentukan spesies seekor haiwan aneh yang ditemui di satu lokasi hutan di tengah China, lapor sebuah akhbar semalam.
Haiwan tidak berbulu itu memasuki jerat sekumpulan pemburu di wilayah Sichuan selepas penduduk tempatan melaporkan mereka ternampak haiwan yang disangkakan seekor beruang.
"Ia seperti seekor beruang. Namun, haiwan itu tidak mempunyai bulu tetapi ia mempunyai ekor seperti kanggaru.
"Haiwan itu tidak mengeluarkan bunyi seperti beruang. Suaranya lebih mirip seekor kucing dan sentiasa berbunyi," kata salah seorang pemburu itu, Lu Chin.
Menurutnya, sebelum ini terdapat cerita rakyat bahawa seorang lelaki telah bertukar menjadi seekor beruang.
"Ada orang yang menganggap kami telah menangkapnya," kata Chin.
Pakar haiwan akan menghantar haiwan misteri itu ke Beijing. Sepasukan saintis di Beijing akan cuba untuk mengetahui spesies haiwan itu dengan melakukan ujian asid deoxyribonucleic (DNA). - Agensi
Kita Mesti percaya dengan kekuasaan Allah SWT. Allah mampui melakukan apa sahaja. Apabila Dia mengatakan 'Kun, Fayakun' Jadi, Maka Jadilah ... Subhanallah...

Kaki Katak Dalam ...


KUALA LUMPUR 19 Mac – Sanggupkah anda menikmati hidangan mi goreng berlaukkan kaki katak seperti insiden yang menimpa seorang pelajar lelaki ketika dia sedang menjamu selera bersama ahli keluarganya di sebuah kopitiam di Bukit Tinggi, Klang baru-baru ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam pada 11 Mac lalu, Aliff Shanaz, 23, terkejut apabila mendapati terdapat kaki katak dalam menu mi goreng yang dinikmatinya selepas tiga kali dia menyuap hidangan itu.
Sejurus selepas kejadian itu, dia terus mengadu kepada juruwang di kopitiam berkenaan yang kemudiannya memaklumkan perkara itu kepada pengurus kedai makan tersebut.
Katanya, beberapa pekerja kopitiam berkenaan telah mengambil gambar kaki katak dalam hidangan mi goreng itu selepas dia bertegas tidak akan memulangkan hidangan tersebut.
“Pengurus itu cuba pujuk saya dengan berjanji untuk menggantikan menu lain dan tidak mengenakan bayaran ke atas hidangan tersebut.
“Saya rasa tidak berpuas hati kerana pengurus tersebut gagal memberi penjelasan bagaimana kaki katak berkenaan boleh dimasukkan dalam menu makanan yang saya pesan.
“Malah, saya turut meminta pengurus itu menandatangani laporan yang telah saya buat untuk tindakan selanjutnya, bagaimanapun dia menolak dengan alasan arahan daripada pihak atasan,” katanya di sini hari ini.
Aliff kemudian turut mengambil gambar hidangan itu sebelum dibungkus dan dibawa pulang sebagai bahan bukti.
Berikutan insiden itu, dia membuat aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Jabatan Agama Islam Selangor serta satu laporan polis di Balai Polis Klang pada 14 Mac lalu.
Pelajar tersebut turut membuat satu aduan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pada petang semalam.
Katanya, tindakan itu dibuat kerana dia tidak mahu insiden yang sama menimpa umat Islam lain supaya berhati-hati sekiranya berkunjung ke kopitiam.
Dalam pada itu, Setiausaha Kerja PPIM, Datuk Nadzim Johan memberitahu, pihaknya menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan sijil halal yang digantung di kedai-kedai kopitiam.
“Pihak kami berharap kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap pengusaha-pengusaha kopitiam yang masih berdegil memohon sijil halal bagi makanan dan minuman untuk dijual di premis mereka,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Ulasan : Umat Islam Janganlah makan di kedai kopitiam demi menjaga kehalalan makanan kita. Makanan yang kita makan akan menjadi darah daging, jika elok yang masuk maka eloklah, jika tidak ... maka sebaliknya.

Monday, April 5, 2010

Cacat bukan penghalang kejayaan

BESUT - Wan Aini Wan Ibrahim, 21, dikenali sebagai gadis lincah dengan semangat membara untuk menjadi pendidik sewaktu mengikuti pengajian di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim tahun lepas.
Namun, masa depannya tiba-tiba pudar pada akhir Oktober lalu apabila anak penoreh getah dari Hulu Besut, Terengganu itu diserang bakteria kencing tikus atau leptospirosis.
Dia bukan sahaja terpaksa menamatkan pengajian seawal semester pertama, tetapi lebih parah kedua-dua belah kaki, dua jari tangan kanan dan pergelangan tangan kirinya dipotong akibat gangren.
Walaupun kini berkerusi roda, Wan Aini tidak patah semangat untuk meneruskan pengajian dan akhirnya mencapai cita-cita menjadi guru.
Mili kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh saudari Wan Aini. Ini suatu contoh yang cukup baik. Mili doakan semoga Wan Aini beroleh kejayaan dan Allah mempermudahkan segala urusannya. Amin

Hukum Mewarna Rambut

Hukum mewarnakan rambut (sabgh al-sha'r) adalah harus kecuali mewarnakan rambut dengan warna hitam berdasarkan satu hadis riwayat Muslim, no. 2102: Ubahlah warna uban ini akan tetapi elakkanlah daripada warna hitam (menghitamkannya).
Warna hitam hanya diharuskan bagi mereka yang menghadapi penyakit beruban walaupun masih terlalu muda dan untuk muslihat perang. Namun mewarnakan rambut adalah makruh bagi golongan muda yang tidak bermasalah.
Pengecualian dikhaskan kepada para isteri yang berbuat demikian atas permintaan suami atau diizinkan oleh suami.
Hukum ini bertukar menjadi haram jika tiada tujuan tertentu seperti untuk suka-suka atau dengan niat yang bersalahan dengan panduan syarak seperti wanita yang berbuat begitu untuk menunjuk-nunjuk atau berhias-hias (tabarruj) mempamerkan rambut kepada bukan mahram dengan mengabaikan syariat menutup aurat dalam Islam. Begitu juga jika bahan yang digunakan merosakkan rambut anugerah Allah kerana ia adalah amanah Allah yang 'dipinjamkan' kepada kita.

Apa yang penting bagi orang yang ingin mewarnakan rambut ialah bahan pewarna itu halal dan telap air seperti inai (ini jelas harus dan disebut di dalam hadis) kerana jika tidak telap air, wuduk anda dianggap tidak sah.
Mengikut Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), dari segi ramuan pewarna rambut yang berada di pasaran kita terbahagi kepada dua jenis. Kedua-duanya adalah halal dari segi bahan kandungan tetapi satu telap air dan satu lagi tidak, maka perlulah dipastikan terlebih dahulu.
Pewarna rambut yang dipasarkan biasanya akan tertulis pada kotak permanent dye atau semi permanent dye. Mengikut kajian, jenis yang semi-pamenent dye adalah jenis yang tidak menyerap air dan ia tidak boleh dipakai oleh orang Islam. Begitu juga sebaliknya.
Hakikatnya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ia dikilangkan di luar negara. Secara teknikalnya, Jakim hanya mengeluarkan sijil halal untuk produk yang diproseskan di Malaysia sahaja.
Tiada keharusan ditemui untuk mewarnakan rambut pelbagai warna pada satu kepala (tamyish al-sha'r). Ada ulama menghukumkan haram kerana menyerupai budaya orang kafir.
So, buatlah keputusan yang betul. Wallahu'alam