SEORANG anggota polis mengheret seorang penunjuk perasaan dekat makam Habib Hasan di Jakarta semalam
JAKARTA - Kira-kira dua orang maut dan 100 lagi cedera dalam satu pergelutan melibatkan 2,000 anggota penguat kuasa keselamatan Indonesia dan penunjuk perasaan dekat sebuah pelabuhan di sini semalam, kata beberapa pegawai semalam.Pergelutan itu berlaku ekoran satu tindakan pemerintah Indonesia yang mahu mengubahsuai sebuah kawasan perkuburan yang menempatkan makam seorang ulama Islam terkenal, Habib Hasan.
Beberapa saksi berkata, pasukan polis melepaskan gas pemedih mata, peluru lada dan semburan air bagi menyuraikan penunjuk perasaan yang bersenjatakan parang dan batang kayu.
Penunjuk perasaan turut bertindak menghalang jentera jentolak yang cuba meratakan kawasan perkuburan ulama Islam yang dihormati itu.
Pergelutan itu menyebabkan lokasi kejadian tersebut seperti sebuah zon perang yang dipenuhi tompokan darah di atas jalan dan beberapa buah kenderaan polis yang terbakar.
Jurucakap Dewan Bandar Raya Jakarta, Cucu Ahmad Kurnia berkata, pergelutan itu berlaku kerana penduduk salah faham dengan menyangka makam berkenaan akan dipindahkan.
Menurutnya, hanya pintu dan bangunan lama di makam berkenaan akan diubahsuai. - AFP
Note: Inilah yang akan berlaku jika terjadi 'miss communication', sebab itu segala maklumat perlulah diperjelaskan dengan sebaik mungkin. Tapi bila sebut Indonesia ... apa-apa pun boleh berlaku di sana. Mili pernah berada di sana beberapa ketika dulu. Apapun kita berserah kepada Allah mudah-mudahan kita di Malaysia mendapat perlindungan dan maghfirah dari Allah SWT.
No comments:
Post a Comment