Sila Tinggakan Jejak Di Sini

Thursday, December 30, 2010

Dapat Cop Mohor

Salam bloggers, mili dapat cop mohor dari fyezrahman.blogspot.com
Terima kasih kepada beliau FR tu dia punya trademark gamaknya. Apapun tahniah kepada FR kerana kreatif menghasilkan cop mohor tersebut. (Seronok dapat nie hehehe ...)


Note: Sayang Anda Semua ...

Wednesday, December 29, 2010

Duka Kemboja (Killing Field)

Rakyat Kemboja yang tidak mati di tempat penyiksaan Tuol Sleng, mereka akan dibawa ke Killing Field untuk dibunuh. Ramai yang telah dibunuh daripada kanak-kanak hinggalah orang tua.

Pleasa give your respect ...

Anak kecil 'dihempok' pada pokok sambil disaksikan oleh ibu masing-masing. Pokok tersebut masih ada hingga kini. Mili rasa mcm dah ambik gambar pokok tu, tapi takde la pulak ... entahlah

Tengkorak tersusun yang berjumlah ribuan atau jutaan yang terdapat di Killing Field.

Menurut Mufti Kemboja, Kamaruddin Yusof, 61 kemudian mengimbas kehidupan komuniti etnik itu yang berjumlah kira-kira 700,000 orang ketika regim Pol Pot pada 1976. Beliau memberi contoh sebuah kampung di Kompong Cham yang mempunyai 1,050 keluarga hanya berbaki 50 keluarga selepas tamat pemerintahan rejim itu.
Banyak betul, agak3 tiga tingkat bangunan nih ...

“Pol Pot merancang membunuh semua orang Melayu Cam sebelum 1980, tetapi Alhamdulillah, kerajaannya tumbang kira-kira tiga bulan sebelum itu”. Kata Mufti Kemboja. Secara tepat, Pol Pot berkuasa selama tiga tahun, lapan bulan dan 20 hari. Sepanjang tempoh berkuasa, beliau bertanggungjawab terhadap pembunuhan lebih 2.5 juta rakyat Kemboja termasuk bangsa Khmer dan etnik Melayu Cam.

Note : Peace No War... The End (Trip To Cambodia)

Tuesday, December 28, 2010

Duka Di Kemboja (Tuol Sleng)

Di antara tahun 1975 dan 1979, ketika pemerintahan Pol Pot, hampir tiga juta rakyat Cambodia daripada tujuh juta penduduk telah dibunuh. Jika dilihat pada pembunuhan yang dilakukan oleh Pol Pot, yang bercita-cita untuk mengasaskan sebuah negara Komunis paling sempurna, kononnya sebagai satu keuntungan kepada penduduk, maka pembunuhannya adalah lebih dahsyat daripada Hitler dan Stalin. Sasaran utama Pol Pot ialah golongan masyarakat seperti doktor, jurutera, pakar sains, ringkasnya golongan intelektual negara, yang telah dibunuhnya. Arahan telah dikeluarkan bahawa “sesiapa yang memakai kaca mata” mesti dibunuh. Hasil daripada pembunuhan kejam ini, “ladang pembunuhan” yang berlangsung selama setahun telah dibentuk.
Logik yang digunakan oleh pegawai-pegawai Khmer Rouge untuk menjustifikasikan pembunuh-an mereka dapat diringkaskan di dalam kata-kata ini: “Biarkan engkau hidup tidak membawa sebarang keuntungan. Kehilangan engkau juga tidak merugikan”. Mereka membunuh sesiapa sahaja yang mereka anggap atau sekadar disyaki sebagai tidak berguna atau berbahaya. Sekurang-kurangnya seorang ahli keluarga akan hilang nyawa di dalam pembunuhan ini.
Pol Pot, yang menganggap manusia sebagai tidak bernilai. Dia percaya keluarga hanya akan menghalang visi radikal sosialisnya. Dia cuba menghancurkan idea kekeluargaan dengan memecah belahkan keluarga-keluarga dan membantu mereka hidup di dalam tempat-tempat yang menjadi milik bersama. Polisi yang sama telah dilaksanakan oleh Stalin di Rusia. Mulanya tanah-tanah petani telah dirampas, kemudian beberapa bidang tanah diberikan semula, di kawasan yang jauh dari satu sama lain. Hasilnya ialah untuk membolehkan sebuah keluarga mengerjakan ladang-ladang mereka yang terdiri daripada beberapa bidang tanah, mereka perlu hidup terpisah daripada satu sama lain.
Tuol Sleng asalnya sebuah sekolah, kemudian rejim Pol Pot menjadikannya sebagai pusat seksaan untuk rakyatnya sendiri

Salah satu gambar yang dapat mili paparkan, banyak lagi gambar yang teruk-teruk tak sanggup melihatnya.

Anak-anak dipisahkan dari ibu bapa dan dipaksa bekerja hanya untuk pemerintah. Hak berkeluarga dinafikan.

Antara alat-alat yang digunakan untuk menyeksa
Setiap tahanan akan dirantai kaki dan tangan mereka menyebabkan mereka tidak boleh lari

Mereka menyiksa dengan cara merendam orang


Alat tersebut masih ada dan boleh dilihat


Diseksa supaya mengaku kesalahan walaupun tidak bersalah

Tiang tersebut masih ada

Ini adalah gambar bagi mili paling memilukan, seorang ibu duduk sambil memegang bayinya yang tidur. Ada besi yang akan menggerudi belakang kepalanya. Jika dilihat dekat2 gambar tersebut, kelihatan air mata wanita tersebut mengalir di pipinya. Wajahnya pasrah menanti kematian. Sungguh kejam rejim Pol Pot


Daripada sekian ramai tahanan (jutaan) hanya mereka tujuh orang yang selamat. Idak la tahu mereka ini masih hidup atau sudah meninggal dunia.
Note: Bersyukurlah kita dilahirkan di Malaysia... Alhamdulillah

Monday, December 27, 2010

cARa dIEt RASULULLAH S.A.W

Assalamualaikum...
Mili kena tag dengan adik http://hackerz91.blogspot.com/
oklah, layan apa ditulis di bawah oleh beliau, semoga ada manfaatnya.

hari ni aku nak kongsi info kesihatan pulak..
bukan ape..
mungkin ada antara kowang langsung tak tahu tentang ni..
tapi aku yakin yang kebanyakkan daripada kowag dah tau kan..
sebenarnya aku dapat ni dari fb aku..
aku teros copy and paste jew..
sebab???
cube kowang baca ayat kat bawah sekali 2..
aku harap sangat sume owang tahu sal benda ni..
supaya kita dapat amalkan hidup yang sihat..
k..selamat membaca ye..

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh makan sesuka hati kita saja. Inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yang lainnya.

Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasulullah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. InsyaAllah kalau anda ikut diet Rasulullah ini, Anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

>>>Jangan makan SUSU bersama DAGING
>>>Jangan makan DAGING bersama IKAN
>>>Jangan makan IKAN bersama SUSU
>>>Jangan makan AYAM bersama SUSU
>>>Jangan makan IKAN bersama TELUR
>>>Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
>>>Jangan makan SUSU bersama CUKA
>>>Jangan makan BUAH bersama SUSU (Contoh : KOKTEL)

CARA MAKAN
* Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi.* Tidur 1 jam setelah makan tengah hari.
*Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yg tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda. Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya? Kesannya tidak dalam jangka pendek?. Kesannya akan nampak bila kita sudah tua nanti.
* Dalam Al-Quran juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahawa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita.

Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan spt membuat amalan antara lain:

1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap ke dalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan tidak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air dalam peti sejuk/ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.

4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzim sejenis alat percerna makanan).

Sabda nabi : "Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insyaAllah, Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya"

Kowang tengok sendiri kan ayat ni..
so,aku harap bile aku tag ni
semakin ramai owang akan tahu..
cowi tau bagi sesape yang ase aku susahkan die...

NUR IKHMA
AKU MILIYUNIR
IZYAN SHAMBA


Note: LAYAAAN .....

Friday, December 24, 2010

Sehari Di Pasar di Pnom Penh

Itik goreng tak sembelih atas talam, bukan Islam jual tu, adik yang depan tu pandai cakap inggeris .... dia kata U buy from me U hensem, U not buy from me U not hensem... lawak la budak nie..

Kiri tu belalang goreng, kanan labah-labah goreng ... Nak ..!

Nah ... labah-labah goreng kasi dekat lagi supaya u all boleh tengok jelas...


Ini pulak katak goreng ...

Haa ... yang ni labah-labah hidup punya sebelum digoreng...

Jinak, tak gigit... mula-mula takut jugak nak pegang, tapi bila tengok bebudak tu pegang selamba je, mili pun pegang le, memang jinak, lupa pulak nak beli dari derang. Mesti murah aje nie... Katanya labah-labah ni makan kulit-kulit pokok kayu. Tidak berbisa ... mungkin sebab tu derang wat makanan ... lagipun yang jual tu bukan Islam.

Thursday, December 23, 2010

Halal ...


Di Kemboja susah juga nak carik kedai makan islam atau halal. Kena cari betul-betul. Kedai yang mili masuk ni kedai orang Islam punya. Tu cili sos pun ada tanda halal, from Thailand. Kira bolehla tue...


Matawang banyak menggunakan dollar, depa nk dollar lagi dari duit kemboja sendiri.

Pinggan dia banyak yang kecik2 aje, tengok tangan mili, macam makan dalam piring, pasai tu kot orang2 kemboja ni slim2, mungkin mkn sikit...

Mili menginap di Hotel Monorom Kg Cham. 1 malam 25 dollar aje 2 katil ... bilik cantik, mcm 3 or 4 bintang kita di m'sia, selesa sangat...

Wednesday, December 15, 2010

Trip To Cambodia

Mili naik Air Asia flight from Penang dalam 1 jam sampai KL. From KL to Cambodia pulak dalam 1 jam 50 minit. Pihak pengurusan airport dah announce awal-awal tidak dibenarkan ambil gambar. Atas tangga mili ambik gak ... hehe

Dalam flight teringin makan sate, ok gak rasa sate dia harga pun RM10 aje.. boleh la
Sampai di Pnom Penh menginap d hotel Puncak, satu-satunya hotel yang diyakini kehalallannya. Kat sini payah gak nak cari makanan halal.

Monday, December 13, 2010

Lama Menyepi

Salam Bloggers,
mili agak lama tak buka blog bukan apa ... busy skit. Ni pun baru balik dari Cambodia, naik flight pon tak habih lotih lagi. Entri baru nnti mili cita sikit waktu 'Trip To Cambodia'. Sonok jugak berada di sana. Pelbagai ragam manusia dapat kita lihat. Ok tunggu entri terbaru dari Mili ...