Sila Tinggakan Jejak Di Sini

Tuesday, December 28, 2010

Duka Di Kemboja (Tuol Sleng)

Di antara tahun 1975 dan 1979, ketika pemerintahan Pol Pot, hampir tiga juta rakyat Cambodia daripada tujuh juta penduduk telah dibunuh. Jika dilihat pada pembunuhan yang dilakukan oleh Pol Pot, yang bercita-cita untuk mengasaskan sebuah negara Komunis paling sempurna, kononnya sebagai satu keuntungan kepada penduduk, maka pembunuhannya adalah lebih dahsyat daripada Hitler dan Stalin. Sasaran utama Pol Pot ialah golongan masyarakat seperti doktor, jurutera, pakar sains, ringkasnya golongan intelektual negara, yang telah dibunuhnya. Arahan telah dikeluarkan bahawa “sesiapa yang memakai kaca mata” mesti dibunuh. Hasil daripada pembunuhan kejam ini, “ladang pembunuhan” yang berlangsung selama setahun telah dibentuk.
Logik yang digunakan oleh pegawai-pegawai Khmer Rouge untuk menjustifikasikan pembunuh-an mereka dapat diringkaskan di dalam kata-kata ini: “Biarkan engkau hidup tidak membawa sebarang keuntungan. Kehilangan engkau juga tidak merugikan”. Mereka membunuh sesiapa sahaja yang mereka anggap atau sekadar disyaki sebagai tidak berguna atau berbahaya. Sekurang-kurangnya seorang ahli keluarga akan hilang nyawa di dalam pembunuhan ini.
Pol Pot, yang menganggap manusia sebagai tidak bernilai. Dia percaya keluarga hanya akan menghalang visi radikal sosialisnya. Dia cuba menghancurkan idea kekeluargaan dengan memecah belahkan keluarga-keluarga dan membantu mereka hidup di dalam tempat-tempat yang menjadi milik bersama. Polisi yang sama telah dilaksanakan oleh Stalin di Rusia. Mulanya tanah-tanah petani telah dirampas, kemudian beberapa bidang tanah diberikan semula, di kawasan yang jauh dari satu sama lain. Hasilnya ialah untuk membolehkan sebuah keluarga mengerjakan ladang-ladang mereka yang terdiri daripada beberapa bidang tanah, mereka perlu hidup terpisah daripada satu sama lain.
Tuol Sleng asalnya sebuah sekolah, kemudian rejim Pol Pot menjadikannya sebagai pusat seksaan untuk rakyatnya sendiri

Salah satu gambar yang dapat mili paparkan, banyak lagi gambar yang teruk-teruk tak sanggup melihatnya.

Anak-anak dipisahkan dari ibu bapa dan dipaksa bekerja hanya untuk pemerintah. Hak berkeluarga dinafikan.

Antara alat-alat yang digunakan untuk menyeksa
Setiap tahanan akan dirantai kaki dan tangan mereka menyebabkan mereka tidak boleh lari

Mereka menyiksa dengan cara merendam orang


Alat tersebut masih ada dan boleh dilihat


Diseksa supaya mengaku kesalahan walaupun tidak bersalah

Tiang tersebut masih ada

Ini adalah gambar bagi mili paling memilukan, seorang ibu duduk sambil memegang bayinya yang tidur. Ada besi yang akan menggerudi belakang kepalanya. Jika dilihat dekat2 gambar tersebut, kelihatan air mata wanita tersebut mengalir di pipinya. Wajahnya pasrah menanti kematian. Sungguh kejam rejim Pol Pot


Daripada sekian ramai tahanan (jutaan) hanya mereka tujuh orang yang selamat. Idak la tahu mereka ini masih hidup atau sudah meninggal dunia.
Note: Bersyukurlah kita dilahirkan di Malaysia... Alhamdulillah

No comments:

Post a Comment