SUASANA sebuah kedai jahit yang dikendalikan oleh warga Bangladesh di pekan Sungai Besi, Kuala Lumpur
Anda tidak perlu menjadi seorang pegawai polis atau tentera untuk menempah pakaian seragam yang segak dipakai oleh anggota kedua-dua pasukan keselamatan itu.
Apa yang anda perlu lakukan hanyalah mengunjungi sederet empat buah kedai jahit yang dikendalikan oleh warga Bangladesh di pekan Sungai Besi, yang sedia mengambil tempahan tanpa meminta kad kuasa polis atau kad pengenalan anggota tentera untuk pengesahan.

Wartawan Kosmo! yang membuat tinjauan di situ semalam selepas mendapat aduan pembaca berjaya membuat tempahan baju celoreng pegawai tentera berpangkat Kapten dan baju polis berpangkat Supritendan tanpa banyak soal.
Kedua-dua tempahan itu dibuat menggunakan resit yang berbeza. Setiap pasang baju berharga RM150 dengan deposit sebanyak RM50.
Sewaktu tempahan untuk baju pegawai polis itu dibuat, tukang jahit terbabit hanya meminta nombor badan (nombor anggota) tetapi bagi tempahan baju celoreng, wartawan Kosmo! cuma menunjukkan pakaian yang telah siap diperagakan sebelum lelaki Bangladesh itu mengambil ukuran badannya.

Itulah makmurnya Malaysia, sehinggakan profesion menjahit pun boleh dilakukan oleh orang luar. Belum lagi ditinjau dari sudut gerai makanan, runcitan, sehinggalah sektor perkilangan.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut memberi amaran akan mengenakan tindakan terhadap peniaga tempatan yang memajak atau menyewa lesen perniagaan mereka kepada rakyat asing kerana tindakan itu akan menjejaskan sumber pendapatan peniaga tempatan lain dan akan mengambil tindakan tegas terhadap rakyat asing yang didapati menjalankan perniagaan.
Kita tunggu dan lihat sejauh mana tindakan Menteri kita ini dalam membantu menyelesaikan krisis yang melanda negara.
Kita tunggu dan lihat sejauh mana tindakan Menteri kita ini dalam membantu menyelesaikan krisis yang melanda negara.
Kita boleh bertanya kemanakah hilangnya orang-orang Malaysia dalam memenuhi sektor perniagaan dan pekerjaan seperti di atas. Kita sendiri ada jawapannya.
No comments:
Post a Comment