GAMBAR menunjukkan satu pengangkutan awam yang menggunakan kuasa magnetik di Seoul Grand Park, Gwacheon.
Para penyelidik Korea Selatan semalam melancarkan sistem pengangkutan awam mesra alam yang menggunakan kuasa magnetik dengan menyerap elektrik di bawah permukaan jalan untuk kenderaan itu bergerak.Prototaip pengangkutan awam itu yang dikenali sebagai Kenderaan Elektrik Secara Talian (OLEV) digerakkan di sebuah taman rekreasi di selatan Seoul.
Sistem itu dimajukan Institut Sains dan Teknologi Termaju Korea (KAIST) yang menyatakan OLEV hanya memerlukan satu perlima daripada sebuah bateri untuk saiz kenderaan elektrik konvensional dan tiada pengubahsuaian yang besar.
Ia dapat mengelak keperluan pemasangan wayar bertindan yang digunakan untuk menggerakkan sistem bas troli atau trem biasa manakala Pengarah Projek, Cho Song-Ho berkata, sistem itu mencipta kejayaan apabila kaedah lama diperbaiki.
Apa yang mili tahu ialah sistem ini dapat meminimumkan kehilangan tenaga semasa transmisi tenaga dari enjin ke roda, kerana semakin banyak komponen dari enjin ke roda, maka semakin banyak tenaga akan hilang. Penggunaan sistem ini juga lebih senyap dan mesra alam.
Harapan mili semoga negara kita Malaysia dapat mengeluarkan kenderaan yang menggunakan sistem magnetik, tenaga solar atau elektrik secara meluas dan mengurangkan penggunaan minyak petrol dan diesel.
Note: Berusahalah semaksimum mungkin untuk mencapai kejayaan dunia dan akhirat.
No comments:
Post a Comment