Sila Tinggakan Jejak Di Sini

Sunday, May 9, 2010

Cicak Jadi Komoditi Eksport Indonesia

SEORANG pekerja memunggah cicak kering yang diproses di sebuah kilang di Jawa Timur.
SURABAYA - Perniagaan cicak di Indonesia kini sudah menjadi bahan komoditi eksport ekoran permintaan tinggi di luar negara, lapor sebuah akhbar.
Seorang pengusaha dikenali sebagai Sugiyanto, 38, di Probolinggo dekat sini memberitahu, haiwan eksotik itu telah lama menembusi pasaran rantau Asia Tenggara terutama Singapura selain Jepun, China dan Taiwan.
"Setiap bulan, kami hanya mampu memproses 3,000 ekor cicak sebelum dijual pada harga 4,000 rupiah (RM1.40) seekor," katanya.
Kelmarin beberapa akhbar Indonesia melaporkan seorang pemuda Malaysia menemui seekor cicak gergasi di kawasan hutan dekat sempadan Kalimantan-Sabah dan dijual pada harga RM64 juta.
Pengusaha cicak ujar Sugiyanti memperoleh bekalan daripada penduduk tempatan pada harga 1,750 rupiah (62 sen) seekor.
Berikutan permintaan tinggi pembeli yang mendakwa cicak memiliki banyak khasiat untuk kesihatan tubuh, ramai penduduk sanggup memburu cicak liar di hutan dan menjadikannya sebagai sumber utama pendapatan keluarga. - Agensi
Note: Setahu mili cicak atau biawak yang boleh dimakan hanyalah yang terdapat di tanah arab iaitu DHAB. Dhab hanya memakan sayur-sayuran atau tumbu-tumbuhan dan ia hidup di padang pasir. Giginya rata seperti manusia ... cantik, tiada taring seperti cicak atau biawak di tempat lain.. Ketika sahabat Nabi makan dhab, Nabi hanya mendiamkan diri. Nabi tidak melarang. Sebab itu Dhab halal dimakan. Ia bagus untuk lelaki, apalagi jika dibuat sup... hehehe . (... dah lama benar teman tak makan dhab)
Inilah Dhab ... cubalah rasa

No comments:

Post a Comment