Sila Tinggakan Jejak Di Sini

Tuesday, May 18, 2010

Ibu sanggup mati demi anak


Si ibu cuba menyelamatkan anak lelakinya (dalam bulatan)

POSITANO, Itali - Seorang wanita Amerika Syarikat (AS),
Shelley Anne Duncan, 48, sanggup mati demi memastikan anak lelakinya, Shane yang berumur 12 tahun selamat selepas mereka dihanyutkan ombak besar di tepi pantai di sini pada Sabtu lalu, lapor sebuah akhbar semalam.
Rakaman detik-detik cemas itu disiarkan oleh beberapa laman web Itali setelah seorang lelaki Brazil merakamkan insiden tersebut menerusi telefon bimbit berkamera.
Selepas dihanyutkan ombak besar, si ibu menolak anaknya ke arah beberapa nelayan tempatan yang terjun ke dalam laut untuk menyelamatkan mereka.
Namun, si ibu ditolak jauh oleh ombak besar.
Si ibu itu kemudian berjaya diselamatkan oleh pejalan kaki di tepi pantai dengan menariknya ke pantai tetapi dia kemudian meninggal dunia di tempat kejadian.
Anak lelakinya dirawat di sebuah hospital kerana diselubungi perasaan terkejut sebelum dia dibenarkan keluar. - Agensi
Note: Di barat ibu sanggup menggadaikan nyawa mereka untuk anak. Tapi di Malaysia ibu sanggup buang anak untuk menutup malu. Sebenarnya bapa kepada anak yang dibuang itu patut dihukum bukan hanya menyalahkan si ibu. Sama-samalah kita pelihara maruah masing-masing.

1 comment:

  1. malaysia nak jd org barat
    macam tu lah dunia akhir zaman

    ReplyDelete