Inilah penyamaran yang dilakukan oleh haiwan untuk meneruskan kehidupan mereka. Fitrah mereka sudah begitu. Samaada melindungi diri atau penyamaran dilakukan untuk mencari rezeki.
Moral dari gambar ini ialah ... jangan kita melakukan penyamaran dalam mencari rezeki .... dalam ertikata, mendapat rezeki dengan cara yang kabur yang tidak jelas kehalalannya. Biarlah
apa yang kita dapat itu benar-benar halal lagi baik, jauh dari unsur syubhat dan haram, kerana makanan yang kita makan itu akan menjadi darah daging kita. Jika makanan yang masuk dalam badan kita itu haram maka tingkah laku kita juga cenderung ke arah perkara-perkara yang dilarang oleh Allah swt. Jika yang masuk itu halal lagi baik maka baiklah kita.
Note: Dunia adalah syurga bagi orang-orang kafir tetapi neraka kepada orang-orang mukmin - maksud Al Hadis.
No comments:
Post a Comment