Asssalamualaikum bloggers,
Saya ingin mengingatkan kepada rakan-rakan bloggers dan diri saya sendiri marilah kita jaga solat kita kerana solat umpama tiang yang menahan dari runtuhnya pegangan agama. Sebagai contoh jJika tiang sesebuah bangunan tidak kuat maka boleh kita bayangkan apa yang akan berlaku kepada orang-orang yang berada di bawahnya.
Cuba kita renung betapa banyak keruntuhan moral yang berlaku di dalam negara kita, dan cuba kita tanya kepada mereka yang terlibat di dalam permasalahan sosial seperti pembuangan bayi, berzina, minum arak, vandalisme, buli, pukul, merempit dll yang berlaku di negara kita ini, adakah mereka menunaikan solat. Jawapannya pasti tidak... atau solat sekali sekala.
Inilah kesilapan besar yang dilakukan oleh orang-orang Islam di Malaysia. Ramai di kalangan kita yang memandang remeh soal solat. Sedangkan nabi mengatakan bahawa solat itu ... membezakan kita muslim dengan orang-orang kafir. Justeru jika kita tidak solat maka samalah kita dengan orang-orang kafir. Tidak guna bernama Muhammad, Ahmad, Lutfi, Saiful, Abdurrahman dan lain-lain jika tidak solat.
Note: Solatlah ... kerana solat dapat mencegah dari berlakunya kemungkaran. (Sekadar renungan kita bersama)
No comments:
Post a Comment