Sila Tinggakan Jejak Di Sini

Sunday, November 7, 2010

Kau Pergi ...

Pada 6 Nov 2010 jam 4 pagi aku dikejutkan oleh panggilan telefon dari adik aku Iskandar, yang mengatakan bahawa Dr sedang berusaha untuk menyelamatkan adik aku Sarah (15tahun). Dalam keadaan sedar tak sedar aku menjawab betul ke..., tapi bila terdengar tangisan Iskandar baru aku sedar sepenuhnya ini bukan gurauan. Apalagi di waktu dinihari begini.
Setahu aku adik Sarah mana ada penyakit kronik, biasa-biasa saja. Aku pun mula bangun sambil menguap dan menggosok-gosok mata. 5 minit kemudian hp aku bernyani lagi. Iskandar berkata dengan suara terketar-ketar, bahawa adik Sarah aku dah tiada....
Hahhh,.. aku rasakan seperti dunia berpusing, hairan, bingung ... sakit apa, kenapa, bagaimana boleh berlaku dsbnya. Pelbagai persoalan bermain di benakku. Iskandar sudah tidak mampu berkata-kata. Aku pun jawab. Ok abang balik sekarang dan call adik aku Syam yang duduk berhampiran rumahku. Syam pun terkejut sakan seakan tidak percaya. Aku kata jom kita balik sekarang. Maka kami pun berangkatlah dari rumah masing-masing dari Penang ke Kamunting. Minyak kereta aku pulak dah nak habis, angin tayar pulak kurang, sebabnya cadangan aku pagi esoknya baru aku nak isi.
Perjalanan yang sepatutnya sejam menjadi sejam setengah gara-gara atanden minyak esso di Perai lambat mengira wang dan beratur isi angin. Aku dah mula berpeluh. Sabar-sabar.
Dalam perjalanan, aku call Iskandar dan dia masih berada di hospital bersama ibuku untuk urusan arwah. Jadi aku pun mengambil keputusan menguruskan segala keperluan di rumah. Subuh dah masuk dan aku mengambil keputusan solat subuh di RnR Bukit Merah, Semanggol.
Rumah ibubapaku berhampiran benar dengan Masjid Kg. Ekspo. Sampai di Kg Ekspo, aku terus ke masjid untuk memaklumkan berita sedih ini.
Imam Rashid memberi tunjuk ajar apa yang harus aku lakukan seterusnya. Aku contact Iskandar dalam pukul 7.15, rupanya dah boleh ambil bawak balik adik aku tu.. orang masjid pun kata cepatnya urusan tu. Kemudian Pak Kassim pun membawa van jenazah ambil jenazah adik aku di hospital Taiping
Mayat arwah sampai di rumah lebih kurang dalam pukul 8.30am, awal nih.. silap aku dengan persetujuan orang-orang masjid, nak simpan lepas zohor. Ingat lambat lama lagi urusan di hospital. Rupanya cepat benar, aku dan orang-orang masjid pulak dah war-warkan bhw mayat akan dsimpan selepas zohor, maka kamipun ikutlah plan tu ... Semua urusan pengebumian berjalan lancar. Ramai yang datang ziarah.
Dalam kesempatan ini aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir seperti berikut:
Terima kasih kepada imam Rashid, imam Wahid kerana sudi membaca talkin dan memberi tunjuk ajar kepadaku untuk segala keperluan. Jiran sebelah cikgu Mior sekeluarga, Jiran belakang rumah yang sanggup memasak makanan d rumah mereka untuk kami dan tetamu yang hadir tanpa mengambil sesen pun. Sedekah katanya. Allahu Akbar, sungguh mulia hati kalian. Kepada Hj Mizi yang menguruskan kelengkapan urusan dari segi pengangkutan, gali kubur hinggalah kerusi-kerusi yang dibawa dengan lori. Ustazah yang memandikan (nama lupa) zaujah kepada ust Manolito dan kawan-kawannya. Pak Kassim, Mutalib, Guru-guru Sek. Men. Keb. Bukit Jana (Guru Sekolah adik Sarah) yang datang ziarah penduduk-penduduk Kg Ekspo yang tidak tersebut semua nama-nama kalian, saudara mara yang datang ziarah jauh dekat dari KL, Ipoh, Penang dll. Semoga kalian semua mendapat ganjaran yang baik dari Allah swt.

Kepada adik Sarah, abang akan sentiasa doakan adik di sana. Abang tak sempat mengenali adik dengan lebih dekat lantaran abang bekerja di Penang. Sementelah umur kita pun jauh berbeza 15 tahun. Time cuti baru balik. Itupun kalau abang kena pi outstation abg tak balik.. just call aje.. Abg mintak maaf banyak2 seandainya abg ada menyakiti hati adik secara sedar atau tidak. Air mata abg mengalir laju sekarang ni. Entahlah abg rasa bersalah sgt, sebab abg tak rapat sangat dengan adik Sarah selama nie. Abg ingat tu ingat .. tapi abg tak pernah ucap abg SAYANG kat adik. Setelah adik tiada baru abg terasa tiada lagi ketawa adik, merajuk adik, abg benar-benar rasa kehilangan adik sekarang. Semoga roh adik ditempatkan bersama-sama orang beriman di sana. Selagi hidup insyaallah abg akan doakan selalu pada adik. Abg dah tak boleh taip dah. Sedih sangat, air mata abg mengalir terus. Abg akan simpan semua kenangan kita dalam memori terindah Diari Hidup abg. Abang nak ucapkan abang SAYANG kan adik Sarah. Semoga adik tenteram di sana, Amin. Al Fatihah.....

12 comments:

  1. Al-fatihah utk arwah.. semoga dicucuri rahmat Allah SWT. takziah pd keluarga, byk2 bersabar..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Ahmad Jo, semoga Allah limpahkan pahala kepada anda...

    ReplyDelete
  3. Al-fatihah..
    semoga arwah d tempatkan dalam kalangan org2 yg beriman..
    salam takziah buat keluarga..
    Sesungguhnya kematian itu satu kepastian..
    sama-sama kita ambil iktibar..
    Semoga keluarga kamu diberi kekuatan..amiin..

    ReplyDelete
  4. al-fatihah..dr Dia kte dtg kpdNye jua kte kmbali..byk2 sabar..

    ReplyDelete
  5. awkk , sabar yee. semuanya pasti ada hikmah :)
    harap awk sentiasa tabah.
    al-fatihah.

    ReplyDelete
  6. nunuiJoe, wawa & MissAinia sy terharu krn kwn2 d alam siber beri dorongan supaya sy tabah. Terima kasih byk2. Hargailah sebaik mungkin apa yg kita ada...

    ReplyDelete
  7. ape sakitnyer?

    takziah...derita kehilangan hanya org yg mengalaminye je yg tahu...semoga terus tabah dan sabar..

    ReplyDelete
  8. al fatihah~
    semoga rohnya dicucuri rahmat dari yang maha esa...

    ReplyDelete
  9. Semoga rohnya ditempatkan bersama mereka yang diampuni dan diberkati... Amin. Bersabarlah... kehilangan sesungguhnya amat menyakitkan tapi disebalik kesakitan itu tersembunyi hikmahnya... at least kita tahu yang sebenarnya kita menyayangi mereka yang pergi dan menghargai kenangan-kenangan yang telah kita kongsi bersama mereka...

    ReplyDelete
  10. Sakit pendarahan dlm perut (Upper gastrointestinal bleeding), terima kasih cik 18,encHIx laNDax & Fuziani JSR, sudi memberikan kata2 ketenangan kpd sy, hanya Allah dpt membalasnya

    ReplyDelete
  11. Al-Fatihah utk arwah.. sabar ye..ALLAH lebeh sayangkan arwah..

    ReplyDelete
  12. Tq Alya.. i appreciate it.. lama gak tak update blog nih,..

    ReplyDelete