Sila Tinggakan Jejak Di Sini

Monday, February 14, 2011

Cintai Rasulullah S.A.W.


Sambutan Maulidur Rasul berlangsung dengan meriah di negara kita pada setiap 12 Rabiul Awal. Adakah cukup dengan hanya menyambutnya pada setiap tahun dengan diberi cuti umum kepada mereka yang bekerja, berselawat, mengadakan perarakan dan sebagainya. Sebenarnya kita mesti mengingati nabi saw setiap masa dan ketika, tidak kira di mana kita berada.
Mencintai Nabi SAW bermakna kita mestilah patuh dan taat menurut segala sunnahnya dan tidak melakukan penyelewengan terhadap aturan kehidupan sebenar seperti yang digariskan Baginda. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang mentaatiku, maka dia telah mentaati Allah dan sesiapa yang menderhakaiku, maka dia telah menderhakai Allah. Begitu juga sesiapa yang mentaati petugasku, maka dia telah mentaatiku dan sesiapa yang menderhakai petugasku, maka dia telah menderhakaiku.” (Hadis riwayat Bukhari)
Note: Marilah kita bersama-sama ingat mengingati antara satu sama lain...

2 comments:

  1. Cintailah Rasulullah saw melebihi segala-galanya, nescaya selamat dunia dan akhirat..tq Nell..

    ReplyDelete