Sila Tinggakan Jejak Di Sini

Monday, February 28, 2011

Tanda awal tsunami yg tidak disedari

Satu kejadian aneh telah berlaku dipantai Acapulco, Mexico beberapa hari sebelum itu. Orang ramai yg datang ke pantai itu merasa agak hairan dan mereka berebut rebut menangkap ikan dengan tangan yg terlalu banyak menghampiri tepi pantai.
Ribuan ikan sardin, ikan-ikan bilis dan anak anak ikan tenggiri berkumpulan merapati sepanjang pantai tempat peranginan Mexico itu. Baru kini orang orang yg hadir itu berfikir dan mempercayai bahawa apa yg menjadi adalah berkait dengan tsunami yg melanda Jepun kelmarin.
Nelayan-nelayan amat gembira dan sibuk dengan bot-bot kayunya, meninggalkan jaring-jaring yg mereka gunakan dan mereka hanya mengaut ikan-ikan dengan baldi sahaja.


Kawanan ikan yang terlalu banyak kelihatan macam tumpahan minyak di pesisir pantai

Boleh tangkap ikan dengan hanya menggunakan tangan.

Beberapa pakar percaya fenomena secara langsung adalah berkaitan dengan tsunami yg berlaku di Jepun. Nelayan-nelayan menyifatkan fenomena pelik ini dan arus luar biasa mempunyai kaitan kejadian tsunami yang meranapkan sebahagian dari Negara Jepun. Nelayan-nelayan di Acapulco mengatakan mereka tidak pernah melihat kawanan ikan yg sebegini banyak berada berhampiran gigi air dimana-mana pantai sekali pun.
Note: Takziah dan simpati mili sampaikan untuk rakyat Jepun ...

6 comments:

  1. banyak betul ikan.. huhu.. dah ada petanda rupanya..

    ReplyDelete
  2. tsunami sebelum ni yg dekat acheh pon ade petanda mcm ni jugak kan

    ReplyDelete
  3. Yea, sbb tue klu ada benda2 pelik berlaku kita pakat2 beringat ler, mohon doa cepat2 mudah-mudahan dijauhkan Allah dari apa2 bala..

    ReplyDelete
  4. Gile banyak ikan. Huhuhu~ Pray the best for Japan :)

    Entry terkini: Olahragawan Negara bagi :)

    ReplyDelete
  5. Assalam..

    Tanda2 tersebut turut kelihatan masa tsunami melanda negara kita dulu

    ReplyDelete