Sila Tinggakan Jejak Di Sini

Sunday, April 24, 2011

World’s Tiniest Baby

Rumaisa Rahman was born on 19th September 2004 with 10 inches long and 8.6 ounces heavy. His mother Mahajabeen Sheikh was pregnant only in 25 weeks and six days.


Rumaisa Rahman, the world’s tiniest baby, was born at Loyola University Medical Center in Maywood . He weighs less than a can of beer.
Note: Walaupun lahir tak cukup bulan ... hidup jugak baby nie, Subhanallah.

Tuesday, April 19, 2011

World’s Youngest Mother (5 years old)

Lina Medina, is the Linda was pregnant when she was just 5.

Lina Medina, is the youngest confirmed mother in medical history,who was born on September 27, 1933 in the small village of Paurange and was only 5 years 8 months old to give birth to her child on May 14, 1939. To be specific, Lina Medina\’s parents thought their 5-year-old daughter had a huge abdominal tumor and when her father carried her to a hospital. However, it turned out that she was pregnant, and the baby weighed 2.7 kg.

Note: Kesian kat budak tue...

Monday, April 18, 2011

Tinggi Sangat ..

Akibat mengalami masalah sewaktu memandu keretanya. Seorang lelaki Poland telah mengubahsuai keretanya dengan membuat lubang di bumbung keretanya bagi membolehkan kepalanya melihat keluar dan memandu dengan selesa.



Bila hujan turun ... macammana dia nak pandu kereta nie yea ..??


Note: Sediakan payung sebelum hujan ...

Sunday, April 17, 2011

Ikan Sardin Atau Ikan Lumba-Lumba

Sekali imbas gambar di atas kelihatan seperti ikan lumba-lumba besar yang sedang bergerak. Sebenarnya ia adalah sekawanan ikan sardin yang membentuk formasi ikan lumba-lumba yang besar. Tujuannya ialah untuk menakutkan ikan-ikan lain yang mungkin ingin memakan ikan sardin tersebut. So, dapat kita implementasikan dalam kehidupan kita. Jika kita hidup dalam jamaah, maka kita akan kuat. Banyak perkara yang boleh kita capai. Tetapi jika kita hidup bersendirian kita pasti akan mudah hanyut terpengaruh dengan perkara-perkara yang merugikan. Note: Justeru, berkawanlah dengan mereka yang baik. Nescaya kita pun akan jadi baik. Begitulah sebaliknya.

Sunday, April 10, 2011

Pengajaran Kepada Isteri


Kisah Benar Untuk Renungan Kite Bersama, seorang hamba Allah (si A),telah pun kembali ke rahmatullah secara mengejut (kerana sakit jantung).Allahyarham adalah merupakan seorang yang amat dihormati dan disegani di kampun...g beliau. Semasa jenazah Allahyarham diletakkan di ruangtamu rumahnya sementara menunggu untuk diuruskan oleh saudara mara dan sahabat handai, isteri Allahyarham tidak berhenti-henti meratapi jenazahnya sambil merungut-rungut.

Si penulis (penulis asal cerita ini) yang kebetulan anak saudara Allahyarham, ada di sebelah balu Allahyarham pada ketika itu.Beliau merasa amat hairan dengan sikap balu arwah itu. Si balu sepatutnya membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk dihadiahkan kepada arwah.Kira-kira 10 minit kemudian, kakak ipar arwah (kakak balunya)pun sampai. Beliau turut merasa hairan dengan sikap adiknya yang meratapi dan merungut itu, lantas beliau melarang adiknya berbuat demikian sambil bertanya akan sebabnya. Antara jawapannya ialah: Suaminya tidak membuat surat wasiat (yang sebenarnya ada).Tanah pusaka milik suaminya tidak sempat ditukarkan ke nama beliau dan anak-anaknya. Suaminya tidak sempat memindahkan saham syarikat suaminya bersama-sama adik-adiknya kepada beliau (Allahyarham memegang saham sebanyak 50% dan 5 orang adik-adiknya memegang 10% setiap seorang).

Untuk makluman, arwah adalah seorang yang agak berjaya dalam perniagaannya. Syarikat yang diuruskan oleh arwah sangat maju dewasa ini.Di samping itu, arwah memiliki kira-kira 12 ekar tanah dipinggir Putrajaya dan kira-kira 50 ekar di sekitar kawasan Sepang/Dengkil. Setelah seminggu arwah dikebumikan, peguam arwah memanggil waris-warisnya untuk dibacakan surat wasiat arwah. Penulis juga turut dipanggil tanpa mengetahui akan sebabnya. Allahyarham mempunyai 4 orang anak, yang sulong masih lagi bersekolah di tingkatan 4 manakala yang bongsunya berusia 6 tahun. Antara kandungan surat wasiat Allahyarham ialah: 30% syer perniagaannya diserahkan kepada anak saudara perempuannya yang juga ahli perniagaan,dan 20% lagi diagihkan sama rata kepada anak-anaknya dengan anak saudara perempuannya sebagai pemegang amanah. Tanah pusakanya seluas 10 ekar di pinggir Putrajaya dibahagikan sama rata kepada anak-anak perempuannya (2 orang) dan 2 ekar untuk anak saudara lelakinya yang juga pemegang amanah untuk anak-anak perempuannya. Anak-anak lelakinya yang berumur 14 dan 10 tahun, diberikan tanah 15 ekar seorang dengan saudara lelakinya sebagai pemegang amanah.Saham-sahamnya diserahkan kepada anak-anaknya dan dibahagikan mengikut hukum syarak, dan diuruskan oleh saudara perempuannya yang diberi 20%. Wang tunainya di bank (persendirian diamanahkan kepada kakaknya untuk menampung pembiayaan anak-anaknya jika isterinya tidak berkahwin lagi. Jika isterinya berkahwin lagi, beliau meminta peguamnya meminta mahkamah memberikan hak penjagaan anak-anaknya kepada kakaknya. Rumah dan tapak rumahnya diwakafkan untuk anak-anak yatim Islam dan sebuah surau,dan hendaklah diserahkan kepada Majlis Agama Islam. Harta-hartanya yang lain iaitu 2 buah kereta diberikan kepada adik lelakinya yang ketiga dan kelima; manakala baki tanah 20 ekar dibahagikan sama rata kepada adik-adik dan kakaknya.

Setelah selesai wasiat tersebut dibaca, isterinya membantah keras kerana tiada satu pun harta yang diserahkan kepadanya melainkan sebuah proton saga yang tidak dimasukkan dalam wasiat tersebut (yang memang digunakan oleh isterinya). Belum sempat isterinya terus membantah, peguam Allahyarham membacakan satu kenyataan mengenai isterinya yang terkandung dalam wasiat itu. ‘Isteriku tidak akan kuberikan apa-apa kecuali pengampunan. Terlalu banyak dosanya kepadaku. Maka pengampunan adalah hadiah yang paling berharga.’ ‘Tidak pernah aku merasa masakannya sejak mula berkahwin walaupun pernah aku suarakan. Tiada belas kasihan terhadap aku, baik semasa sakit apatah lagi jika aku sihat.’ ‘Herdik dan tengking kepada aku dan anak-anak adalah lumrah.. Keluar rumah tidak pernah meminta kebenaran daripada aku. Makan dan minum anak-anak adalah tanggungjawab bibik (pembantu rumah).Kain bajuku tidak pernah diuruskan, dan yang paling menyedihkan, tiada mahunya dia mendengar pandangan dan nasihatku untuk kesejahteraan rumahtangga.’ ‘Kebahagiaan aku selama ini hanya dengan amalanku,tugas seharianku,anak- anakku dan adik-beradikku, terutama kakakku (yang sebagai pengganti ibu).’ Selepas peguam Allahyarham membacakan kenyataan itu, barulah penulis faham mengapa balu Allahyarham begitu meratap dan merungut semasa berada disisi jenazahnya. Marilah kita renungi bersama. Semoga dengan apa yang terjadi di atas, akan memberikan satu pengajaran yang berguna kepada kita sebagai umat Islam.
Note: she should be thankful…. . she got the forgiveness from her husband. All husband of course ... should be good too.

Saturday, April 9, 2011

Inovasi Kasut Terkini

Ini ciptaan alas kaki terbaru yang mengikut potongan jari kaki semuanya. Tapi nampak nipis sgt ler.. Boleh ditebalkan alas bawah tu... kan


Produk ni dah sampai kat Malaysia atau belum. Rasanya idak lagi kan ...

Wednesday, April 6, 2011

Telur ayam pun ada tiruan


GEORGE TOWN – Sekali pandang, ia tidak ubah seperti telur ayam gred A namun, ia sebenarnya telur tiruan yang dibuat sepenuhnya daripada ramuan bahan-bahan kimia berbahaya.
Itu pendedahan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang mendakwa telur berkenaan rupa bentuknya tidak ubah seperti telur ayam sebenar dan tidak menolak kemungkinan ia terdapat di pasaran negara ini.

Presidennya, S.M. Mohamed Idris berkata, siasatan awal pihaknya mendapati, kulit telur tiruan itu diperbuat daripada lilin parafin dan kalsium karbonat. “Kuning telur dan putih telur tiruan itu pula dihasilkan menggunakan natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna lemon,” katanya di sini semalam. Menurut S.M. Mohamed, pada amnya bahan-bahan itu merupakan makanan tambahan tetapi dalam menghasilkan telur tiruan, ia menjadi komponen utama dalam bahan-bahan pemprosesannya. Justeru, pemakanannya dipercayai mampu mengganggu kadar metabolisme dalam badan, hati dan otak jika dimakan pada kadar yang kerap.
Note: Selama ini kita makan telur yang ori atau yang tiruan ... Dunnia .. Dunnia..