Sila Tinggakan Jejak Di Sini

Saturday, March 20, 2010

Kuda Paling Tinggi

MELBOURNE - Seekor kuda paling tinggi di dunia, Luscombe Nodram akan dipamerkan pada satu pertunjukan di Queensland yang merupakan tempat asal kelahiran kuda berkenaan.
Nodram yang merupakan kuda spesies Shire berusia tujuh tahun tetapi mempunyai ketinggian 2.05 meter dan berat 1.5 tan iaitu tiga kali ganda daripada kuda lumba biasa.
Haiwan itu akan dipamerkan pada pertunjukan kuda di Gatton, di barat Brisbane pada bulan Mei depan.
Pemilik kuda itu, Jane Greenman membeli haiwan itu semasa ia berusia enam bulan dari sebuah ladang ternakan kuda di Queensland.
Greenman berkata, dia tidak menjangka kudanya itu akan menjadi kuda paling tinggi di dunia. - Agensi
Boleh tuan puan bayangkan ada riwayat yang mengatakan bahawa ketinggian Saiyidina Umar Al Khattab adalah sama dengan orang yang duduk di atas kuda. Kuda dulu bukan sama macam kuda sekarang. Maka tidak hairanlah jika iblis pun takut jika bertembung dengan Saiyidina Umar, Iblis akan ikut jalan lain jika dilihatnya Saiyidina Umar di hadapan. Tinggi benarlah beliau dan tubuhnya sasa. Semasa jahiliah beliau memang berhati kering sampai sanggup tanam anak perempuannya hidup-hidup. Tapi setelah Islam, dialah pemimpin, pembela Islam yang cukup hebat. Allahu Akbar!

No comments:

Post a Comment