Sila Tinggakan Jejak Di Sini

Monday, May 3, 2010

Suami Cemburu Bunuh Isteri

KUANTAN - Gara-gara cemburu mengesyaki isteri mempunyai kekasih, seorang lelaki bertindak liar dengan memijak dan menghentak kepala isterinya ke lantai sehingga mangsa menemui ajal.
Kejadian tragis pada pukul 5 petang di rumah bernombor 247, Blok G, Ladang Selborne, Kampung Padang Tengku, Kuala Lipis dekat sini kelmarin disaksikan oleh anak pasangan itu yang berusia 12 tahun.
Mangsa Rosmawati Abd. Rahman, 39, didakwa mula dibelasah oleh suaminya selepas anak pasangan itu mengadu kepada suspek bahawa ibunya berbual dengan lelaki lain di telefon.
Note: Bila dah jadi isteri, janganlah berhubungan dengan lelaki lain atau menduakan suami, BerDosa Besar. Suami pula jika terbukti isteri berlaku curang, janganlah sampai membunuh, biar Hukum yang tentukan. Sabar adalah jalan terbaik. Selebihnya serahkan kepada Allah ... Dialah sebaik-baik Pengurus...

No comments:

Post a Comment