Sila Tinggakan Jejak Di Sini

Saturday, November 13, 2010

Today is a gift ...


Yesterday is history, tomorrow is mystery and Today is a gift...

Banyak sekali kata-kata motivasi dalam film Kungfu Panda. Yang paling menarik bagiku ialah kata-kata di atas.
Yesterday is history... perkara yang lepas kita biarkan ia berlalu, jangan kita ingatkan kembali. Tetapi jika kita dapat mengambil iktibar atas apa yang berlaku maka itu sebaiknya. . Jika yang telah berlaku itu buruk, jadikan ia sebagai sempadan. Berhati-hatilah. Jika yang telah berlaku itu baik, maka pertingkatkanlah ia supaya menjadi lebih baik di masa akan datang.
Tomorrow is mystery ... Esok adalah sesuatu yang misteri kepada kita. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku. Maka bersiap sedialah agar esok menjadi hari-hari yang terbaik untuk kita.
Today is a gift ... Tetapi hari ini sebenarnya adalah anugerah yang Allah berikan kepada kita. Jika inginkan perubahan positif, maka hari inilah kita gerakkan stamina, pemikiran kita ke arah impian yang ingin kita capai. Semoga ada manfaatnya untuk kita bersama.

4 comments:

  1. kita mesti bersyukur kita dapat bernafas hari ni...ye x..:)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah kerana kita sudah melalui semalam, Alhamdulillah kerana kita dapat merasai hari ini dan InsyaAllah panjang umur kita akan menikmati hari esok pula.. Salam kenal ye.

    ReplyDelete
  3. Amin2...alhamdulillah kepadaNya.have a nice moment yeahhh

    ReplyDelete
  4. Terima kasih kawan2, hidup mesti diteruskan ...

    ReplyDelete