Sila Tinggakan Jejak Di Sini

Wednesday, January 12, 2011

Talian 24434


Salam Bloggers,
Mili mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan diri dan kawan bloggers sekelian marilah kita menjaga talian kita iaitu 24434 dengan baik sekali. Talian ini sebagai penghubung antara kita dengan Allah Taala. Setiap hari kita pasti akan berhubung langsung dengan Allah melalui talian ini. Itulah SOLAT 5 waktu sehari semalam.
Ingatlah jika kita menjaga hubungan kita dengan Allah. Maka Pasti Allah akan MENJAGAMU.
Kerana solat dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Juga jika ditinjau dari sudut kesihatan pula amat banyak sekali manfaat yang akan kita peroleh lebih-lebih lagi ketika kita sujud kepada Allah. Ketika itu semua saluran darah yang berada di otak kita akan mengalir ke seluruh otak.
Maka seseorang yang selalu solat akan sentiasa membuat keputusan yang tepat dan jitu berbanding mereka yang tidak solat. Oleh sebab itu kejayaan datang bersama dengan orang-orang yang solat dan dekat dengan Allah. Wallahu'alam
Nota: Laksanakan solat anda walau di mana pun berada.

No comments:

Post a Comment