Sila Tinggakan Jejak Di Sini

Thursday, March 31, 2011

Kewajipan Menuntut Ilmu

Islam Mewajibkan umatnya menuntut ilmu. Dalam sebuah hadis riwayat Ibnu Majah, Rasulullah saw bersabda : Menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas setiap orang Islam. Ilmu adalahpengetahuan yang merujuk kepada kefahaman manusia terahadp sesuatu perkara yang sistematik dan diusahakan secara sedar. Ia juga berkaitan dengan aspek pemikiran manusia yang lain seperti pengetahuan, pengalaman dan perasaan. Kewajipan menuntut ilmu pengetahuan adalah untuk memantapkan keimanan dan kesejahteraan hadup manusia. Di samping itu kita juga disaran menggunakan akal fikiran untuk merenung kekuasaan dan kebesaran ciptaan Allah swt, mencari ilmu sebanyak mungkin, menganalisis, mengkaji, menyelidik dan mengambil iktibar daripada peristiwa yang berlaku terhadap umat masa lampau. Justeru, ilmu yang perlu dituntut adalah ilmu pengetahuan yang memberi manfaat dan boleh membawa ke syurga. Ini dijelaskan oleh Allah swt dalam surah Al Mujadilah ayat 11 :

Maksudnya: Nescaya Allah akan mengangkat (darjat) orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu kepada beberapa darjat. Dan Allah Maha teliti apa yang kamu kerjakan.

Kita bukan sahaja dituntut mempelajari ilmu bahkan diwajibkan juga menyampaikan ilmu tersebut kepada orang ramai supaya kita juga mengingati apa yang disampaikan demi mencapai kecemerlangan di dunia dan akhirat.

Note: Saja ... nak bagi motivasi kepada rakan-rakan blogger yang masih menuntut di sekolah ke, IPT or mana-mana saja

No comments:

Post a Comment