Terima kasih kepada beliau FR tu dia punya trademark gamaknya. Apapun tahniah kepada FR kerana kreatif menghasilkan cop mohor tersebut. (Seronok dapat nie hehehe ...)

Note: Sayang Anda Semua ...
Pleasa give your respect ...
Anak kecil 'dihempok' pada pokok sambil disaksikan oleh ibu masing-masing. Pokok tersebut masih ada hingga kini. Mili rasa mcm dah ambik gambar pokok tu, tapi takde la pulak ... entahlah
Tengkorak tersusun yang berjumlah ribuan atau jutaan yang terdapat di Killing Field. “Pol Pot merancang membunuh semua orang Melayu Cam sebelum 1980, tetapi Alhamdulillah, kerajaannya tumbang kira-kira tiga bulan sebelum itu”. Kata Mufti Kemboja. Secara tepat, Pol Pot berkuasa selama tiga tahun, lapan bulan dan 20 hari. Sepanjang tempoh berkuasa, beliau bertanggungjawab terhadap pembunuhan lebih 2.5 juta rakyat Kemboja termasuk bangsa Khmer dan etnik Melayu Cam.
Tuol Sleng asalnya sebuah sekolah, kemudian rejim Pol Pot menjadikannya sebagai pusat seksaan untuk rakyatnya sendiri
Salah satu gambar yang dapat mili paparkan, banyak lagi gambar yang teruk-teruk tak sanggup melihatnya.
Anak-anak dipisahkan dari ibu bapa dan dipaksa bekerja hanya untuk pemerintah. Hak berkeluarga dinafikan.
Antara alat-alat yang digunakan untuk menyeksa
Setiap tahanan akan dirantai kaki dan tangan mereka menyebabkan mereka tidak boleh lari
Mereka menyiksa dengan cara merendam orang
Alat tersebut masih ada dan boleh dilihat
Diseksa supaya mengaku kesalahan walaupun tidak bersalah Tiang tersebut masih ada
Daripada sekian ramai tahanan (jutaan) hanya mereka tujuh orang yang selamat. Idak la tahu mereka ini masih hidup atau sudah meninggal dunia.
Itik goreng tak sembelih atas talam, bukan Islam jual tu, adik yang depan tu pandai cakap inggeris .... dia kata U buy from me U hensem, U not buy from me U not hensem... lawak la budak nie..
Kiri tu belalang goreng, kanan labah-labah goreng ... Nak ..!
Nah ... labah-labah goreng kasi dekat lagi supaya u all boleh tengok jelas...
Haa ... yang ni labah-labah hidup punya sebelum digoreng...
Jinak, tak gigit... mula-mula takut jugak nak pegang, tapi bila tengok bebudak tu pegang selamba je, mili pun pegang le, memang jinak, lupa pulak nak beli dari derang. Mesti murah aje nie... Katanya labah-labah ni makan kulit-kulit pokok kayu. Tidak berbisa ... mungkin sebab tu derang wat makanan ... lagipun yang jual tu bukan Islam.
Matawang banyak menggunakan dollar, depa nk dollar lagi dari duit kemboja sendiri.
Pinggan dia banyak yang kecik2 aje, tengok tangan mili, macam makan dalam piring, pasai tu kot orang2 kemboja ni slim2, mungkin mkn sikit...
Mili menginap di Hotel Monorom Kg Cham. 1 malam 25 dollar aje 2 katil ... bilik cantik, mcm 3 or 4 bintang kita di m'sia, selesa sangat...