Sila Tinggakan Jejak Di Sini

Wednesday, December 29, 2010

Duka Kemboja (Killing Field)

Rakyat Kemboja yang tidak mati di tempat penyiksaan Tuol Sleng, mereka akan dibawa ke Killing Field untuk dibunuh. Ramai yang telah dibunuh daripada kanak-kanak hinggalah orang tua.

Pleasa give your respect ...

Anak kecil 'dihempok' pada pokok sambil disaksikan oleh ibu masing-masing. Pokok tersebut masih ada hingga kini. Mili rasa mcm dah ambik gambar pokok tu, tapi takde la pulak ... entahlah

Tengkorak tersusun yang berjumlah ribuan atau jutaan yang terdapat di Killing Field.

Menurut Mufti Kemboja, Kamaruddin Yusof, 61 kemudian mengimbas kehidupan komuniti etnik itu yang berjumlah kira-kira 700,000 orang ketika regim Pol Pot pada 1976. Beliau memberi contoh sebuah kampung di Kompong Cham yang mempunyai 1,050 keluarga hanya berbaki 50 keluarga selepas tamat pemerintahan rejim itu.
Banyak betul, agak3 tiga tingkat bangunan nih ...

“Pol Pot merancang membunuh semua orang Melayu Cam sebelum 1980, tetapi Alhamdulillah, kerajaannya tumbang kira-kira tiga bulan sebelum itu”. Kata Mufti Kemboja. Secara tepat, Pol Pot berkuasa selama tiga tahun, lapan bulan dan 20 hari. Sepanjang tempoh berkuasa, beliau bertanggungjawab terhadap pembunuhan lebih 2.5 juta rakyat Kemboja termasuk bangsa Khmer dan etnik Melayu Cam.

Note : Peace No War... The End (Trip To Cambodia)

No comments:

Post a Comment