Sila Tinggakan Jejak Di Sini

Tuesday, April 13, 2010

Hospital enggan beri rawatan diserang

ANGGOTA-ANGGOTA polis mengawal Hospital Peerless yang diserang perusuh di Kolkata semalam.
KOLKATA, India - Satu kumpulan perusuh menyerang sebuah hospital swasta di sini semalam kerana pihak pengurusan hospital tersebut enggan merawat seorang kanak-kanak yang cedera sehingga menyebabkannya meninggal dunia, kata Menteri Sukan, Kanti Ganguly.
Penduduk tempatan'mengamuk' dengan merosakkan dewan bedah, perabot, tingkap, komputer dan membakar restoran Hospital Peerless selepas kanak-kanak itu meninggal dunia.
Kanak-kanak berumur tujuh tahun itu meninggal dunia selepas dinafikan untuk menerima rawatan di hospital tersebut. Dia ialah mangsa satu kemalangan jalan raya.
Dalam kejadian itu, sembilan orang cedera manakala empat orang terbunuh.
Apabila mangsa-mangsa yang cedera dibawa ke hospital tersebut termasuk kanak-kanak itu, pihak pengurusan hospital meminta bayaran 50,000 rupee (RM3,600) bagi setiap pesakit yang merupakan satu jumlah yang besar bagi penduduk di India.
Polis yang dikerah untuk menenteramkan keadaan turut melepaskan tembakan bagi menyuraikan perusuh.
Menteri Kesihatan, Surya Kanta Mishra memberitahu pihaknya akan menyiasat insiden tersebut kerana semua hospital termasuk hospital swasta wajib menerima pesakit untuk rawatan kecemasan walaupun mereka tidak mampu membayar kos perubatan tersebut. - AFP

Note: Bersyukurlah kita kerana Malaysia tidak jadi seperti ini. sesiapa yang pernah berada di luar negara pasti akan bersyukur kerana dilahirkan di Malaysia. Alhamdulillah ... Hubbul Watan Minal Iman.

No comments:

Post a Comment