Sila Tinggakan Jejak Di Sini

Monday, April 12, 2010

Tunggang kuda buta

GAMBAR menunjukkan Gallichan menunggang kuda peliharaannya yang buta di Jersey, Britain.
JERSEY, Britain - Seekor kuda jantan yang buta masih mampu berlari dan membawa tuannya, Laydia Gallichan, lapor sebuah akhbar semalam.
Gallichan berkata, kuda baka Appaloosa yang bernama Herbie itu buta sebelah matanya sejak sembilan tahun lalu selepas terkena tangkai pokok jagung semasa meragut rumput di sini.
Dua tahun lalu, haiwan itu kehilangan penglihatan sepenuhnya kerana ketumbuhan di matanya yang tidak buta.
Dia yang menunggang kuda berusia 20 tahun itu berkata, walaupun buta, haiwan tersebut mampu menyesuaikan diri kerana ia kini memiliki daya pendengaran yang cukup baik.
"Kadangkala saya terlupa Herbie telah buta. Namun saya mahu masyarakat sedar, walaupun buta, ia bukannya penamat kehidupan," kata wanita itu.
Dia turut menjadi 'pemandu' Herbie dengan memberi arahan dari atas padang.
Semasa menunggang kuda itu, Gallichan akan berkata up, up bagi memberitahu haiwan itu supaya menaiki bukit.
Apabila menuruni tempat tinggi, dia akan menyebut perkataan steady kepada kuda tersebut. - Agensi.
Note: Haiwan pun boleh mendengar kata-kata arahan manusia, manusia belum tentu boleh mendengar kata-kata nasihat dari manusia lain. Haiwan boleh dibentuk, tetapi manusia ada yang berhati keras, lebih keras dari batu. Benarlah maksud firman Allah dalam surah Al Furqann ayat 44 ... atau adakah engkau menyangka bahawa kebanyakan mereka mendengar atau memahami (apa yang engkau sampaikan kepada mereka)? Mereka hanyalah seperti binatang ternak, bahkan (bawaan) mereka lebih sesat lagi.

No comments:

Post a Comment